Saturday, February 25, 2012

Simbolik Wudhuk

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna..ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik..yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat



1. Ketika berkumur, niatlah "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini." Ini kerana kita hari-hari bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, niatlah "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ini." Ini kerana ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku melalui tangan kanan ku ini." Ini kerana ahli syurga diberikan hisabnya melalui tangan kanannya.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku melalui tangan kiri ini." Ini kerana ahli neraka diberikan hisabnya melalui tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, niatlah "Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy-Mu." Ini kerana panas di Padang Masyar macam matahari terletak hanya sejengkal di atas kepala kita.

6. Ketika membasuh telinga, niatlah "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini.” Ini kerana setiap hari kita tidak akan terlepas dari mendengar orang mengumpat dan memfitnah.

7. Ketika membasuh kaki kanan, niatlah "Ya Allah, permudahkanlah aku untuk melintasi titian Siratul Mustaqim." Ini kerana ahli syurga melintasi titian Siratul Mustaqim dengan pantas.

8. Ketika membasuh kaki kiri, niatlah "Ya Allah, bawalah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan ke tempat-tempat maksiat. Ini kerana Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.wallahualam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...