Follow me on Twitter : @bamnablog

Wednesday, February 29, 2012

Surah al-Mukminun

Terjemahan Juzuk 18 Surah 23, Surah al-Mu’minun (Orang Yang Beriman) : 118 ayat.


Tuesday, February 28, 2012

Kerendahan Hati


Memandang Setiap Individu Unik, Istimewa dan Penting

Peribadi yang rendah hati biasanya memandang bahawa orang lain memiliki keunikan dan keistimewaan, sehingga dia sentiasa membuat orang lain merasa penting. Kerana sesungguhnya setiap peribadi adalah istimewa. Setiap orang adalah unik dan berhak untuk dihargai. Manusia adalah peribadi yang harus diperlakukan khusus. Manusia adalah makhluk yang sangat sensitif. Jika kita meragukan hal ini, lihat diri kita sendiri dan perhatikan betapa mudahnya kita merasa disakiti atau tersinggung. Jika apa yang kita pikirkan mengenai orang lain berubah, maka sikap dan tindakan mereka terhadap kita juga akan berubah. Kerana manusia sangat sensitif satu sama lain dalam banyak hal, kita biasanya sangat peka terhadap apa yang difikirkan oleh satu sama lainnya. Jika hubungan kita dengan isteri/suami, kekasih, teman, rakan kerja atau orang tua kita tidak sebagaimana kita harapkan, cubalah lihat lebih jauh ke dalam fikiran kita, apa yang sesungguhnya kita fikirkan saat ini tentang orang tersebut. Kita pasti memiliki hal-hal atau gambaran yang sangat negatif atau positif tentang seseorang.

Monday, February 27, 2012

Harta Tidak Mengikut Jenazah


Dari Anas bin Malik r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang yang meninggal dunia diiringi (ke kubur) oleh tiga (perkara) kemudian yang dua kembali dan yang tinggal bersamanya satu, diiringi keluarganya, hartanya dan amalannya, lalu keluarganya dan hartanya pulang kembali dan yang tinggal bersamanya amalannya."

 Hadis sahih riwayat Muslim

Pesanan Untuk Orang Cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

10 Negara Paling Berpendidikan

Berikut adalah senarai 10 negara yang diiktiraf mempunyai rakyat paling berpendidikan di seluruh dunia. Laporan oleh OECD

1. Kanada
50% atau separuh warga Kanada berkelulusan universiti. Satu rekod yang sangat tinggi..berbanding Malaysia yang hanya 15% berkelulusan universiti. Bahasa pengantar utama pendidikan di Kanada adalah Bahasa Inggeris dan Perancis.....(wilayah Quebec dan New Brunswick menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa ilmu dari peringkat tadika hingga universiti)

2. Israel
45% warga Israel berkelulusan Universiti. Bahasa pengantar utama adalah bahasa Hebrew..namun pelajar juga diwajibkan lulus bahasa Inggeris dan Arab.

3. Jepun
44% warga Jepun berkelulusan universiti...dan Jepun hanya menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dari peringkat tadika hingga ke universiti. Namun pelajar digalakkan belajar bahasa asing seperti Korea,Cina,Inggeris,Jerman dan Russia.

Sunday, February 26, 2012

Ubat Penawar Penyakit Kanser


Saturday, February 25, 2012

Simbolik Wudhuk

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna..ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik..yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

Friday, February 24, 2012

9 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki



Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.


Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Thursday, February 23, 2012

Zikir Munajat - Ustaz Dzulkarnain Hamzah


P/S: Makanan Rohani..

Tawaduk Sifat Mulia


TAWADUK bererti, merendah diri, tidak berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri, sama ada dari segi ibadah, keturunan dan keluarga, pangkat dan kedudukan, ilmu dan pelajaran, harta benda dan kekayaan dan sebagainya. Orang yang mempunyai sifat tawaduk adalah orang yang sentiasa tunduk kepada setiap perintah Allah Subahanahu Wata'ala. Ia tidak akan bersifat sombong, tidak takbur, riyak atau ujub. Ia akan sentiasa mengasihi sesame makhluk maka ia pula akan dikasihi.

Orang yang mempunyai sifat tawaduk adalah orang yang memiliki budi pekerti yang luhur, berjiwa besar, lemah lembut dan bersopan santun. Ia dalam apa keadaan pun, di manapun kedudukannya akan sentiasa menghormati orang lain walaupun dirinya sendiri mempunyai kelebihan daripada orang lain atau orang lain itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya.

Orang yang bersifat tawaduk tidak akan bersifat takbur iaitu berperasaan tinggi diri, merasa diri lebih mulia, lebih besar, mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain adalah rendah dan hina. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Baihaqi, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat takbur sebesar biji sawi, nescaya ditelengkupkan mukanya oleh Allah dalam api neraka".

Wednesday, February 22, 2012

Munif Ahmad : Zikir Taubat Nasuha



(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).[At-Taubah Ayat:112]

P/S : Insaflah kita semua sesungguh pintu taubat masih lagi terbuka.. Dan sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun dan begitu besar ampunan-Nya. Amin

Memilih Jodoh : Cantik Harta Keturunan Agama


Dalam memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan, berlakulah pemilihan itu dari berbagai-bagai sudut dan aspek:

MENGAPA BERKAHWIN?

Mengapa Ingin Isteri Atau Inginkan Suami? 
Ramai di kalangan umat Islam di akhir zaman, di zaman moden dan sains teknologi canggih ini memberi jawapan kerana ingin berseronok-seronok dan memuaskan nafsu. Kalau tidak kahwin kita akan terasa sepi. Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu berkahwin, ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang salah. Jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat berkahwin lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumahtangga sama ada kita sedar atau tidak.

Tuesday, February 21, 2012

Mahram Bagi Wanita



Monday, February 20, 2012

4 JENIS LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA


Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

Erti Satu Tangisan


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

 "..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tujuh Kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula Wala Kuwwata Illa Billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Sunday, February 19, 2012

Hikmah Sujud


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Saturday, February 18, 2012

Mengenal Peluru-Peluru Syaitan


Bagi mencapai kecemerlangan, tipu daya syaitan perlu dikenali dan diawasi kerana syaitan sentiasa mencari kesempatan menyerang dan merosakkan hati-hati manusia.

Menurut Imam Ghazali, di antara pintu yang sering digunakan syaitan adalah:

 * Perasaan marah

 * Nafsu syahwat [1][2][3]

 * Perasaan tamak dan dengki

 * Kenyang

 * Cinta kepada perhiasan dan harta benda

 * Bergantung pada manusia

 * Gopoh-gapah dan terburu nafsu

 * Cinta kepada dinar, dirham dan emas (wang ringgit)

 * Sikap kedekut dan bakhil

 * Fanatik mazhab dan kelompok

 * Berfikir berkenaan zat, sifat dan af'al atau perbuatan Allah tanpa ilmu

 * Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang-orang Islam



Sebelum Tidur Lena



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
- Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
- Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
- Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
- Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Friday, February 17, 2012

Perkara Yang Mematikan Hati


Hati perlu digilap selalu supaya terus bersinar. Andai kata tugas ini diabaikan, ia akan mati. Ada beberapa perkara yang mematikan hati iaitu:-

 * Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu

 * Membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhanNYA

 * Mencintai Nabi S.A.W tetapi mengabaikan sunnahnya

 * Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri

 * Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya

 * Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat

 * Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh

Apabila hati bersinar dengan gemilang, Allah mengilhamkan kepada hati itu pelbagai ilmu dan petunjuk. Di antara ilham yang mungkin terhasil adalah firasat mukmin. Berhubung dengan ini, menurut Imam Tirmizi, Nabi S.A.W bersabda: "Takutlah kamu dengan firasat mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah."

Adab Masuk Keluar Tandas


ISLAM mengajar adab tertentu mengenai qadha hajat dan istinjak. Orang Islam tidak melakukan qadha hajat dengan keadaan tidak ingat kepada peraturan dan adab-adabnya.
Pelbagai peraturan telah tersedia untuk kehidupan manusia agar menjadi insan berakhlak mulia.

Sejak bangun tidur sebelum fajar hingga ke waktu tidur semulapada malam berikutnya, setiap detik dilengkapi dengan peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh agama Islam, untuk mengawal kehidupan manusia agar mereka dalam keredaan Allah SWT.

Makhluk diciptakan berpasangan. Begitu juga taraf sesuatu tempat, ada yang dikategorikan sebagai tempat baik serta mulia. Ada tempat digolongkan sebaliknya, iaitu tempat yang hodoh dan tidak dihormati agama.

Kanan dan kiri mempunyai falsafahnya tersendiri. Islam mensifatkan di kalangan orang yang mendapat keredaan Allah SWT di akhirat dikenali sebagai ‘Ahlul Yamin’ (orang yang mendapat suratan di tangan kanan).

Sementara orang yang gagal mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT, disebut sebagai ‘Ahlus Syimal’ (Orang yang mendapat suratan di tangan kiri).

Berita baik untuk Pemaaf


Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali.

Saidina Umar r.a pun bertanya," Mengapa ?"Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .

Yang seorang berkata : "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!,"
Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan : "Ya ALLAH , wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini,"

Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu,"Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"

Thursday, February 16, 2012

Apa ada dalam HATI


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Pakaian paling bersih


P/S: life is short..

Jauhilah Ghibah (Mengumpat)

USTAZAH MAZNAH DAUD

Adakah anda termasuk dalam kalangan mereka yang gemarkan ghibah? Ghibah merupakan penyakit yang sangat berbahaya, yang boleh menghancurkan manusia dan menghapuskan segala kebaikan yang dilakukannya.

Apa itu ghibah?
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menerangkan erti ghibah dalam sepotong hadis yang bermaksud: “Engkau menyebut tentang saudaramu apa yang tidak disukainya. Sekiranya apa yang engkau sebut itu ada padanya, maka sesungguhnya engkau benar-benar telah meghibahnya. Dan sekiranya apa yang engkau sebut itu tidak ada pada dirinya maka sesungguhnya engkau telah mereka-reka cerita tentangnya.” (Riwayat Muslim)

Ghibah adalah haram dan termasuk dalam kategori al-kabaer (dosa-dosa besar). Firman Allah Taala bermaksud: “...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.” (Al-Hujurat:12)

Ibn Abbas radiallahuanhu menjelaskan maksud ayat ini dengan katanya, “Allah mengharamkan ghibah atau memperkatakan sesuatu keburukan seseorang mukmin sebagaimana Dia mengharamkan bangkai.

Menurut al-Hasan al-Basri rahimahullah, “Terdapat tiga istilah yang berkaitan antara satu sama lain dalam al-Quran, iaitu ghibah, ifk dan buhtan. Ghibah ialah engkau mengatakan sesuatu yang ada pada saudaramu, ifk ialah engkau berkata tentang apa yang disampaikan kepadamu dan buhtan ialah engkau mereka-reka apa yang tidak ada padanya.

Wednesday, February 15, 2012

Lalai Dan Alpa


DUA NIKMAT YANG TIDAK TERASA

Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.

"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah,tidak takut pada Allah bila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah. Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Banyak orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah,harta telah mencukupi, banyak kemudahan ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melengung di kedai kopi, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah diguna untuk mengingati Allah, bekerja ke jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan tuhan! Apa tidaknya, jika masa lapang pun mereka tidak mengingat Allah, apalagi bila sibuk, khususnya sibuk mengejar dunia.

Sabda Rasulullah: "Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al Hakim)

9 Jenis Syaitan Yg Sering Menganggu Manusia

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun 
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin 
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan 
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf 
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah 
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

BIODATA IBLIS



Nama : Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran : Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s .
Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Status diri : Fasik kelas pertama 
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Agama : Kufur.
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba 
Tempat tinggal di dunia : Hati-hati mereka yang lalai
Jenis perkhidmatan : Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Tempat tinggal di akhirat : Neraka Jahannam
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat
Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Matlamat Perjalanan : Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam

Tuesday, February 14, 2012

Idea : Kereta Tiada Heater Musim Salji

Harta & Pangkat


Future Camel


Monday, February 13, 2012

Khasiat Kurma Kismis Madu

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

ADAB-ADAB MAKAN MENURUT AL-QURAN AS-SUNNAH

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)


Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)


Makan yang berhampiran.
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

Galakan guna tiga jari.
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)

Lawak : Ajoi bawak kereta

Ajoi sedang memandu kereta, ketika santai menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba Sumardi yang sedang memandu dari arah bertentangan membuka tingkap dan menjerit dengan kuat “Babi!”

Ajoi pun bengang, dia juga membuka tingkap dan memaki, “Lu yang babi!” Baru saja selesai memaki, dia telah melanggar sekumpulan babi yang sedang menyeberangi jalan.

Moral of the story – Jangan cepat memberi salah tafsir maksud kebaikan dari orang lain, perkara tersebut akan menyebabkan kita yang rugi dan juga membuat orang lain terhina.

Kualiti Iman Seorang Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." Baihaqi

Huraian :

Pengajaran Hadis:
i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.
ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi o ang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.
iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

Sunday, February 12, 2012

Cara mengelakkan malu

Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

 7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Sebab Hati Tidak Bahagia

Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:-

a) Pemarah 
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam 
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki 
 Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil 
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

Saturday, February 11, 2012

How to : Solat Sunat Dhuha


P/S: Sila Klik Utk Zoom In


Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”. (Riwayat At-Thabarani ).

Friday, February 10, 2012

KENAPA TIDAK MAHU BERTAUBAT?

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Pepatah Melayu ada menyatakan: “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.” Acapkali di dalam hidup seseorang insan dia akan merasa penyesalan setelah segala-galanya terlambat dan tidak mampu dirubah lagi. Namun begitu apa yang sepatutnya kita fikirkan secara mendalam adalah penyesalan di hari penghitungan ketika berada di Padang Mahsyar di mana segala amalan kita semasa kita hidup di dunia akan dihisab dan kemudian ditentukan sama ada kita akan ke syurga mahupun neraka. Ya, apabila ditunjukkan kepada seseorang hamba Allah segala keburukan ketika di dunia dahlu, maka akan timbul penyesalan kerana takutkan balasan yang pedih di neraka, maka terdetik di hatinya agar dilewatkan ajalnya ataupun dia dihidupkan semula ke dunia supaya dapat dia bertaubat atas segala kesilapannya dahulu. Namun sayang seribu kali sayang, penyesalannya itu hanya sia-sia kerana ketika di Padang Mahsyar pintu taubat telah tertutup rapat. Maka akan timbul dibenak fikirannya alangkah baik sekiranya aku di dunia dahulu tidak melakukan segala dosa-dosa tersebut. Hmm alahai, apakan daya… tak ada apa lagi yang mampu hendak dilakukan melainkan menanti sahaja hukuman serta azab Allah S.W.T. atas kesilapannya yang lalu. Senario sedemikian rupa telah dirakamkan di dalam al-Qur’an melalui firman-Nya:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan. – al-Munaafiquun (6) : 11

Doa Selepas Tashahud Akhir

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)

Kedua:

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت
Ertinya: "Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau." (Muslim 1762). 

Ketiga:

 اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang." (Bukhari 6181 dan Muslim 6819).

Thursday, February 9, 2012

Pelawat Setiap 21 Minit

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

Kelebihan Mandi Wajib

Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib 
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub. Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh. Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

Wednesday, February 8, 2012

Dont Drink While Standing

Water is one of the primary needs of man. After meals or after exercise, drinking water is a sure thing by everyone. But do you know if drinking while standing is harmful to health? Let’s discuss this one in the post so that the danger was not approached us.

Inside our bodies there is an organ called the Sf ringer. Sf ringer is a structure muscular that can open (so that urine can pass) and close. Any water we drink will be distributed at the ’outposts’ in the kidney filtration. Sf ringer organ responsible for filtering fluid that enters the body. Well, there is research stating that the Sf ringer will not function properly, if we drink while standing. Thus, water that enters the body, unfiltered. This will cause the bacteria and germs found in water, will enter into the body. Horror right? Therefore, before you drank the water, sit down first. In order sf ringer be served properly. So terrible will not happen to us.

P/S: Allahuakbar! Subhanallah..

Source : www.healthyandlifestyle.com

Wednesday, February 1, 2012

Biodata Nabi Muhammad SAW

Nama: 
• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : 
• Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...