Friday, February 17, 2012

Perkara Yang Mematikan Hati


Hati perlu digilap selalu supaya terus bersinar. Andai kata tugas ini diabaikan, ia akan mati. Ada beberapa perkara yang mematikan hati iaitu:-

 * Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu

 * Membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhanNYA

 * Mencintai Nabi S.A.W tetapi mengabaikan sunnahnya

 * Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri

 * Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya

 * Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat

 * Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh

Apabila hati bersinar dengan gemilang, Allah mengilhamkan kepada hati itu pelbagai ilmu dan petunjuk. Di antara ilham yang mungkin terhasil adalah firasat mukmin. Berhubung dengan ini, menurut Imam Tirmizi, Nabi S.A.W bersabda: "Takutlah kamu dengan firasat mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...