Wednesday, February 22, 2012

MENGAPA BERKAHWIN?

Mengapa Ingin Isteri Atau Inginkan Suami? 
Ramai di kalangan umat Islam di akhir zaman, di zaman moden dan sains teknologi canggih ini memberi jawapan kerana ingin berseronok-seronok dan memuaskan nafsu. Kalau tidak kahwin kita akan terasa sepi. Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu berkahwin, ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang salah. Jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat berkahwin lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumahtangga sama ada kita sedar atau tidak.



Kenapa dan mengapa? 

Pertama: Kita telah setarafkan diri kita sebagai haiwan kerana haiwan berkelamin tidak ada tujuan lain selain kerana melepaskan nafsunya semata-mata, tidak ada tujuan-tujuan selain seks itu.


Kedua: Kalau berkahwin dengan tujuan nafsu semata-mata, ini amat merbahaya kerana sekiranya kemahuan kita sudah tidak ada lagi dengan isteri kita atau suami kita disebabkan kita sakit, atau isteri kita sakit, atau setelah isteri sudah tua, atau setelah kecantikannya sudah pudar, di waktu itu tarikannya sudah tidak ada lagi untuk perhubungan kelamin, mungkin kita ceraikan dia atau isteri minta cerai atau kalaupun tidak bercerai kerana memandangkan anak-anak sudah ada, tidak mahu berpisah dengan anak-anak, di waktu itu kemesraan sudah tidak ada lagi. Perhubungan suami isteri sudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat kerenah, mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah, maka berlakulah krisis rumahtangga tidak berkesudahan. Kemudian ia akan memberi kesan kepada psikologi anak-anak. Oleh itu berkahwin dengan tujuan hiburan seks semata-mata tidak akan dapat membangunkan keluarga yang bahagia lebih-lebih lagi masyarakat yang bahagia.




P/S:
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. 

WaAllahuA'lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...