Wednesday, February 15, 2012

9 Jenis Syaitan Yg Sering Menganggu Manusia

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun 
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin 
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan 
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf 
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah 
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud 
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan 
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus 
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Haa..yg bawah ni tambahan aje tau : 


10. Isetan. 
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing..

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan 
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak. Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...

Kah! Kah! Kah!.. yg sambungan nie le yg aku tak tahan nak gelak...geli hati aku baca... ekkekee.... Tapi jgn plak di lupa 9 jenis syaitan yg jahat tu... beringatlah...kita sering di bisik oleh syaitan untuk melalaikan kita.

Semoga kita beroleh berkat dengan ilmu ni. Untung² kita semakin beringat ingat.

P/S: Patutla..bila mak2 zaman dolu2 marah anaknye,..suka kata ..`kau nie nak jadi ape..nak jadi anak setan!!! :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...