Wednesday, April 6, 2011

Gelang aka Bangles

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh
menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan
cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam
terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka
menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang
tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai
satu kaedah perubatan terkini begitu juga dengan rawatan Ayurvedic yang
pada asasnya menggunakan product herba hakikatnya cuba menerap pengaruh
hindu ..


Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai
gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah
cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah
s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk
menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah
ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a.,
bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang
lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda
bertanya kepada lelaki berkenaan.

"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi
apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri
anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka
anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg
ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan,
menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua
telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan
akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai
hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh
Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya
faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka

2) Gelang Kristal

3) Gelang Tasbih

5) Gelang Besi magnet

6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan
wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di
tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.



Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha
menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...