Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hal ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
- melaksanakaan perintah Allah s.w.t
- bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
- mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat)
- bersemaan dgn selawat para malaikat
- dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
- dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
- dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
- segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
- mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
- mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
- Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
- dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
- mendapat darjat al-sidq
- ditunaikan segala hajat
- selamat sejahtera pada hari kiamat
- Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
- mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
- selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
- Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
- mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
- mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
- tidak akan merasai fakir
- terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
- mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
- selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
- menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
- berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
- selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
- terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
- disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
- mendapat keberkatan Alalh
- mendapat kesempurnaan iman
- kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
- mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
- setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
- teguh pendirian dengan kebenaran
- berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
- berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
- mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
- berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
- antara kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
- dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
Marilah berselawat ke atas nabi, junjungan mulia!
2 comments:
nice..info selawat yg banyak baru saya tahu
alhamdulilah.. :)
Post a Comment