Kejadian berlaku jam 5.40 petang ahad 6 Disember 2009 .
Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.
Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.
Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.
Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.
Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi, ICU, hospital raja perempuan zainab II kota bharu.
Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.
Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.
Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
0 comments:
Post a Comment