Saturday, December 12, 2009

BERSEDEKAH PADA SUAMI

Zainab adalah Seorang isteri yang hartawan telah berkahwin dengan Abdullah bin Masud RA seorang yang miskin. Beliau sangat berhajat untuk mensedekahkan harta kepada suaminya tetapi merasa ragu-ragu samaada perbuatannya itu dibolehkan atau sebaliknya. Zainab menyuruh Abdullah bin masud supaya pergi berjumpa Nabi SAW untuk mengadu hal apakah hukum beliau boleh bersedekah untuknya. Suaminya berasa keberatan untuk berbuat demikian dan menyerahkan urusan itu kepada isterinya.Zainab terus pergi kerumah Nabi SAW dan didapati di rumah nabi ada seorang perempuan yang mengalami masaalah yang sama.Semasa berbual-bual, kemudia lalu Bilal dan meminta jasa baik Bilal untuk menanyakan kepada Nabi SAW.tetapi beliau meminta Bilal menrahasiakan pengenalan diri kerana malu kepada Nabi SAW. Setelah Bilal bertemu dengan Rasullullah SAW, barulah dapat merungkaikan masaalah yang terbuku selama ini bahawa Rasullullah SAW memberitahu bahawa seseorang isteri yang bersedekah kepada suaminya akan mendapat 2 pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kerabat
Kesimpulannya wahai isteri-isteri banyaklah memberi pertolongan kepada suami-suami anda jika anda mahu kedua-dua pahala tersebut disamping ia juga akan mendapat payung dimahsyar nanti. Insya Allah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...