Thursday, August 20, 2009

Iklan Perjawatan Pentadbiran UiTM, 31hb Ogos 2009

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/ kontrak/ sementara di Kampus Shah Alam dan cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

Iklan perjawatan ini juga disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 16 Ogos 2009.Permohonan daripada staf UiTM hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) e-Pengambilan di Portal i-Staf >> e-Proses & Sistem Sokongan >> ePengambilanStaf mulai Ahad, 17 Ogos 2009.

Tarikh tutup permohonan: Isnin, 31hb Ogos 2009.
Berikut disertakan butiran iklan - http://aplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/borang/Iklan_Perjawatan_Ogos_2009.doc


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a.Untuk Bukan Staf UiTM
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara atas talian “ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

b.Untuk Staf UiTM sahaja
Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...