Sunday, August 26, 2012

Fakta Islam : Orang Yang Pertama



1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Saidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh Hijrah: Saidina Umar bin al-Khattab.

10. Orang yang pertama meletak jawatan sebagai Khalifah dalam Islam: Saidina Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib.


11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad s.a.w: Thuwaibah al-Aslamiah.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Saidina Al-Harith bin Abi Halah.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Saidatina Sumayyah binti Khabbat.

14. Orang yang pertama menulis Hadis di dalam kitab / lembaran : Saidina Abdullah bin Amru bin Al-As.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan Fisabilillah : Saidina Saad bin Abi Waqqas.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Saidina Bilal bin Rabah.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah s.a.w: Saidina Ali bin Abi Talib.

18. Orang yang pertama membuat mimbar Masjid Nabi s.a.w: Saidina Tamim ad-Dari.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan Fisabilillah: Saidina Zubair bin Al-Awam.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi s.a.w: Saidina Ibban bin Uthman bin Affan.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi s.a.w : Saidatina Khadijah binti Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan Usul Fiqh : Imam Muhammad bin Idris al-Syafie.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Saidina Ali bin Abi Talib.

24. Orang yang pertama menjadi Raja dalam Islam : Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Khalifah Harun Ar-Rasyid.

26. Orang yang pertama mengadakan Baitul Mal: Saidina Umar bin al-Khattab.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah s.a.w: Saidina Ali bn Abi Talib.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Jaafar al-Mansur.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqri : Saidina Mus'ab bin Umair.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam Syurga : Nabi Muhammad SAW.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...