Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Dan jika seketul daging itu rosak, maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah SWT melarang hamba-Nya mempunyai perasaan hasad serta sifat keji lain seperti mengumpat dan memfitnah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan jangan setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 12)
Baca Lagi: Kerendahan Hati
1 comments:
trime kasehh ats perkongsian awk.. :)
Post a Comment