Rasulullah s.a.w. pernah mengumumkan, bahawa perempuan dilarang memakai pakaian Lelaki dan Lelaki dilarang memakai pakaian perempuan . Disamping itu beliau melaknat Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai Lelaki . Termasuk diantaranya, ialah tentang perkataannya, geraknya, cara berjalannya, pakaiannya, dan sebagainya.
Sejahat-jahat bencana yang akan mengancam kehidupan manusia dan masyarakat, ialah kerana sikap yang abnormal dan menentang tabiat. Sedang tabiat ada dua: tabiat Lelaki dan tabiat perempuan. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Maka jika ada Lelaki yang berlagak seperti perempuan dan perempuan bergaya seperti Lelaki, maka ini berarti suatu sikap yang tidak normal dan meluncur ke bawah.
Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah Lelaki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul Lelaki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, iaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai Lelaki dan menyerupai orang Lelaki (Hadis Riwayat Thabarani). Justru itu pulalah, maka Rasulullah s.a.w. melarang Lelaki memakai pakaian yang dicelup dengan 'ashfar (zat warna berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu).
Ali r.a. mengatakan: "Rasulullah s. a. w. pernah melarang aku memakai cincin emas dan pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan 'ashfar" (Hadis Riwayat Thabarani)
Ibnu Umar pun pernah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melihat aku memakai dua pakaian yang dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: 'Ini adalah pakaian orang-orang kafir, oleh kerana itu jangan kamu pakai dia.'"
P/S: Rantai dan gelang adalah perhiasan bagi wanita sahaja.
1 comments:
sedih hati ni sebak setiap kali jumpe org kecelaruan identiti mcm ni
Post a Comment