Al Quran dengan kaedahnya tersendiri menjawab persoalan siapa Allah?
"Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan dia, Yang Mengetahui yang Ghaib dan Yang Nyata, Yang Rahman dan Rahim..."
"Dialah Allah tiada Tuhan melainkan dia, Al Malik, Al Quddus As Salam, Al Mu'min, Al Muhaimin, Al Aziz, Al Jabbar, Al Mutakabbir..." (al-Hasyr, ayat akhir)
"Katakanlah Dialah Allah Yang maha Esa..."(al ikhlas)
"Allah tiada tuhan melainkan dia yang Hayyun Qayyum..."(ayat kursy)
dan banyak lagi ayat-ayat Al Quran.
Kaedah Ilmu Kalam - Sifat 20
Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut Jumhur Ulama' sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat.
Sifat `Wujud' dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah s.w.t. akan tetapi Zat Allah s.w.t. itu dengan sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan.
Berbeza dengan Sifat Ma'ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat `wujud' sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah.
(petikan dr kitab Al-Misbahul Munir)
Rujukan:-
Teks Baseline : http://hafizfirdaus.com/
Rumusan Sifat20 : http://musfaqir.tripod.com/Islamiah/006.html
0 comments:
Post a Comment