Thursday, June 30, 2011

BamnaNews : Premis Dungun Net Enterprise Hangus

DUNGUN : 29 Jun 2011 Pukul 5.30 Petang, Squad BamnaNews dalam perjalanan ke Warung Mahari untuk melahap nasi kunyit daging telah menyaksikan asap hitam berkepul-kepul di Kampung Pak Sabah. Namun, nafsu makan yang tidak tertahan menyebabkan Squad BamnaNews bertenang sahaja menuju ke Warung Mahari. Setelah habis 14 pinggan nasi kunyit dan 20 batang rokok Dunhill, kami pun bergegas ketempat kejadian dan mendapati premis Dungun Net Enterprise serta rumah sebelahnya telah hangus lettum dimamah api. Kami sempat menemuramah salah seorang mangsa kebakaran. Menurut mangsa, semasa dia tengah syok layan games Wolfteam; dia terdengar bunyi "kepah,pah,pongg" diikuti dengan bau hangit serta api yang sudah marak. Dengan sepantas kilat semua mangsa berlari keluar menyelamatkan diri kecuali Si Tauke Kedai yang sedang berak sembelit di dalam jamban. Menurut bomba, mereka mendapati Si Tauke Kedai telah pengsan di dalam jamban dan terus mengusung beliau keluar untuk melakukan teknik bantuan pernafasan atau CPR.


Polis sedang menyiasat sama ada Si Tauke Kedai pengsan disebabkan oleh asap yang tebal atau pun tahi yang tebal atau pun perut yang tebal. Laporan terkini akan menyusul.

Gambar oleh CameraCabukE72 Photogaphy

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...