Follow me on Twitter : @bamnablog

Thursday, March 24, 2011

Hukum Berkabung

Tidak harus bagi orang yang beriman berkabung atas mana-mana kematian sebagaimana menjadi adat dan kebiasaan yang dilakukan oleh kebanyakkan orang awam. Istilah berkabung merujuk kepada beberapa pantang larang yang harus dipatuhi seperti cara berpakaian, pergaulan, makan dan minum serta penangguhan kerja-kerja dan alamat-alamat tertentu yang menjadi tanda perlakunya peristiwa yang besar dan penting.



Berkabung hanya dibenarkan kepada isteri yang kematian suaminya sebagai tanda kasih sayang dan kecintaan kepada suami sebagaimana yang diriwatkan dalam hadis sohih riwayat Imam Al-Bukhori. Ianya diwajibkan bagi tempoh 4 bulan sepuluh hari. Perbuatan ini dinamakan “Ihdad” di dalam waktu iddah. Antara perkara yang diharamkan untuk dilakukan pada tempoh ini ialah berhias, keluar rumah tanpa sebarang keperluan penting dan haram dipinang oleh mana-mana lelaki sehingga tamat waktu berkabung dan iddahnya. Allah Taala menyebut dalam surah Al-Baqarah ayat 234: “Dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa Yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara Yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa jua Yang kamu lakukan”.



Tetapi kalau ianya menjadi peraturan Negara dan protokol yang wajib dipatuhi dan jika diingkari akan mendatangkan mudarat kpd kita maka ianya adalah harus berdasarkan hukum dharurat dengan syarat hatinya menolak perbuatan tersebut. Semoga Allah menjadikan kita orang yang kuat dalam menegakkan syariat Allah Taala.



http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/202599493091439

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...