Follow me on Twitter : @bamnablog

Tuesday, April 13, 2010

Jawatan Kosong UiTM

>>Jawatan yang ditawarkan<<

1) Syarat Permohonan
Bagi jawatan pentadbiran permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Bumiputera sahaja.

2) Had Umur (Pada tarikh iklan ditutup)
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

3) Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan :
Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

4) Syarat Kelayakan Terperinci dan Proses Permohonan Mengikut Jawatan Adalah seperti Berikut:-
SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE . Bagaimanapun permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlulah mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan secara pos mengikut Perintah Am Bab 'A' 21.

5) Cara Memohon
Untuk Bukan Staf UiTM
Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ (sila guna Internet Explorer) dan membuat permohonan melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
Untuk Staf UiTM sahaja

Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana perlantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf

6) Tarikh Tutup Iklan : 26/04/2010

7) Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga .
Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya .

8) Pertanyaan
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di sini.

Bahagian Pengurusan Perjawatan
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
NO.TEL: (03) 5544 3089/3090/3092/3093
NO.TEL: (03) 5544 2166/2550/2602/2210- Bantuan Teknikal
Email: perjawatan@salam.uitm.edu.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...