Follow me on Twitter : @bamnablog

Tuesday, October 28, 2008

Bayi Bernama Linux?

Salah seorang rakyat Sweden, Christian Nielson telah mengirim e-mel memberitahu yang mana dia dan teman wanitanya telah menamakan anaknya Linux sempena dengan nama sebuah sistem operasi Linux.Nielsan memberitahu, dia dan teman wanitanya, Veronica telah mempertimbangkan beberapa nama ketika waktu hamil, "tetapi bila bayi ini lahir seakannya tiada nama yang sesuai untuknya. Kami berdua fikir yang bayi kami kelihatan seperti Linux kecil apabila kami melihatnya dan membuat keputusan untuk menggunakan nama tersebut".

Mungkin pembaca tertanya-tanya apa reaksi datuk dan nenek bayi ini, Nielsan menjawab yang mereka tiada masalah dengan nama itu. "Reaksi dari keluarga dan rakan-rakan amat positif, mereka semua sukakannya. Keluarga kami fikir ia nama yang agak ganjil sedikit tapi masih satu nama yang menarik, dan kawan-kawan kami rasakan ia satu nama yang cool! Ada juga kawan yang bertanya sama ada kami akan meletakkan nama anak kami seterusnya dengan nama Microsoft."

Mungkin fenomena ini menimbulkan banyak persoalan. Adakah Richard Stallman akan memaksa bayi menggunakan GNU/Linux sama seperti dalam saranannya? Adakah bayi Linux dapat tidur (sleep) atau bangun semula (reboot) tanpa masalah? Apapun, persoalannya. Saya bekalkan gambarnya di sini.

Source: JomLinux.com

1 comments:

green apple said...

o bamna....(dgn nada yang btl)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...