Tuesday, June 18, 2013

Doa Ziarah Orang Baru Dapat Anak


Andainya hari ini anda akan menziarahi sahabat yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata, berikut adalah panduan yang ditunjukkan Islam, bagaimana kita yang datang berziarah boleh ucapkan, dan doa balas oleh pihak yang diziarahi (iaitu sahabat yang baru dapat anak itu).

Ucapan Selamat (yang datang ziarah) - Doa perlindungan kepada anak, apabila Baginda Rasul SAW berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain, baginda membaca:

terjemahan - "Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala Syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat." (Hadith riwayat Al-Bukhari 4/119).

Si keluarga yang diziarahi pula membalas doa yang diucap pihak ziarah dengan membaca:

terjemahan - "Sedang orang yang diberi ucapan selamat membalas dengan mengucapkan: "Semoga Allah juga memberkatimu dan melimpahkan kebahagiaan untukmu. Semoga Allah membalasmu dengan sebaik-baik balasan, mengurniakan kepadamu sepertinya dan melipatgandakan pahalamu." (Lihat Al-Adzkar, karya An-Nawawi, halaman 349, dan Shahih Al-Adzkar Nawawi oleh Salim Al-Hilali 2/713).

Wednesday, June 12, 2013

Amalan sebelum tidur


Amalan sebelum tidur
Riwayat: (Muslim)

Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.

Huraian Hadith:
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadith yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur" - (Bukhari-Muslim) Sesungguhnya tidur adalah suatu kematian yang sementara sedangkan hidup dan mati itu di tangan Allah. Tiada siapa yang tahu bila kita akan mati dan bagaimana kita akan menghadapi detik-detik apabila roh terlerai dari jasad. Bukan jarang kita mendengar orang yang mati ketika sedang tidur ! Oleh itu selaku orang Islam kita dituntut agar membaca doa sebelum melelapkan mata supaya terhindar daripada perkara yang tidak diingini iaitu mati dalam keadaan mengejut. Ingatlah bahawa menghisab amalan sebelum tidur akan menyedarkan kita tentang hari akhirat kelak. Ia menjadikan kita insaf agar tidak mensia-siakan usia dan masa yang diperuntukkan.

Adab ketika bersin

Klik gambar untuk zoom Adab ketika bersin. Selamat Beramal :)

Thursday, June 6, 2013

Luahan isi hati suami kepada isteri


Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri

Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah

1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.

2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”

5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

Waktu Doa Paling Mustajab


Waktu Doa Paling Mustajab
Riwayat: Muslim

Hadith:
Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...