Menentang Kemungkaran
Riwayat: Muslim
Daripada Abu Mas'ud RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tiada seorang nabi pun yang diutuskan oleh Allah kepada umatnya sebelumku ia mempunyai penyokong-penyokong daripada umatnya dan sahabat yang berpegang dengan sunnahnya dan mereka taat dengan perintahnya. Kemudian selepas mereka, muncullah beberapa penggantinya yang suka berkata tetapi tidak melakukannya dan melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya maka dia adalah mukmin. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjuang menentang dengan hatinya maka dia adalah mukmin, tetapi jika semuanya itutiada maka sama sekali tiada keimanan walaupun sebesar biji sawi."
Menentang orang yang menyalahi syara' dengan perbuatan dan perkataan adalah dituntut.
Ketiadaaan penolakan kemungkaran dengan hati adalah tanda ketiadaan iman, kata Abdullah ibn Mas'ud: "Binasalah orang yang tidak mengenal yang makruf dan mungkar dengan hatinya".
Benci kepada kemungkaran adalah dalil kuat iman dan tidak menghiraukan kemungkaran adalah dalil lemahnya iman.
Setiap orang wajib menolak atau menghapuskan kemungkaran menurut kemampuannya.
Jauhkan diri daripada tergolong di dalam golongan orang yang derhaka terhadap Allah dan rasulnya.
Kewajipan bagi mereka yang beriman dan mengetahui ialah memberi penjelasan kepada orang yang jahil dengan ajaran yang baik.
Setiap orang digalakkan melakukan perkara yang baik dan dilarang melakukan perkara yang merosakkan iman.
Redha dengan dosa adalah berdosa dan redha dengan kufur adalah kufur.
Selemah-lemah iman seseorang itu ialah mengatasi kemungkaran hanya dengan berdoa sahaja dan tidak didapati darjat keimanan seseorang yang lebih lemah daripada itu.
0 comments:
Post a Comment