Artikel ini hanya untuk mereka yang menggunakan P1 wimax modem DX-230 dan Windows 7.
Internet slow? Takut maklumat anda diketahui dan dipergunakan pihak luar? Quota limit selalu habis cepat? Tak tau sebab ape? Nak tingkatkan security untuk wifi tapi tak tau macam mana? Antara cara untuk meningkatkan tahap sekuriti adalah menaik taraf kan Security dan Authentication mode anda kepada tahap yang lebih tinggi. WEP merupakan security mode yang paling rendah. WPA lebih secure dari WEP. WPA2 lebih secure dari WPA. Namun begitu dengan teknologi yang semakin maju dengan pelbagai aplikasi open source. Amat mudah untuk piggybacker atau pencuri line menyerang wifi sekuriti anda. Sangat digalakkan jika anda menggunakan password yang bercampur-campur dengan huruf besar dan kecil beserta nombor. Disamping itu juga, anda digalakkan untuk menetapkan MAC address yang boleh akses kepada router anda bagi mengetatkan lagi tahap sekuriti ini. Sila baca langkah-langkah dibawah ini.
Langkah 1 dan 2 adalah untuk mendapatkan MAC address untuk diisi didalam router anda.
Langkah 1: Pergi ke Start > Run dan taip cmd.
Langkah 2: Taip ipconfig /all
Cari Wireless LAN adapter Wireless Network Connection,lepas tu Physical Address.
Langkah 3 hingga 7 untuk menetapkan MAC address (IP komputer/laptop/Tab) yang boleh access ke WIFI anda.
Langkah 3: Taip http://10.1.1.254
Langkah 4: Klik ke Networking
Langkah 5: Tukarkan auto-defined ke user defined, isikan SSID dengan nama WIFI yang anda hendak (contoh: bamnawifi), untuk HideSSID pilih Enable. Security Mode n Auth Mode kepada WPA2-PSK. Encryp Type kepada AES. Isikan WPAPSK dengan password pilihan anda. Anda digalakkan untuk mencampurkan password ini dengan huruf besar dan kecil plus number untuk memperkuatkan lagi tahap sekuriti wifi anda. Contoh: AbuBakar1990.
Langkah 6: Skrol kan ke bawah dan anda akan lihat kotak ACL-Setting. Tukarkan access control kepada Allow only MAC address to connect to wireless network.
Langkah 7: Isikan MAC address dari Langkah 2 tadi kedalam kotak2 seperti dibawah.
Langkah 8 hingga 10 untuk mencari dan menetapkan SSID atau network name seperti yang telah ditetapkan dalam Langkah 7 di Windows 7.
Langkah 8: Pergi ke Control panel > Network and Internet > View network status and tasks > Manage wireless network
Langkah 9: Klik butang Add > Manually create a network profile
Langkah 10: Isikan maklumat dibawah seperti mana yang telah diisi dalam Langkah 5. Selepas itu tekan butang Next. Tamat.
Untuk peralatan device yang lain, anda boleh mencari MAC address dengan GOOGLE, "How to find MAC Address for Galaxy Note 10.1"(tukarkan kepada nama device anda).
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di facebook page BAMNA.
0 comments:
Post a Comment