Biodata ringkas 10 sahabat yang dijamin syurga
1. Abu Bakar Ash-Shiddiq
Khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, kemanapun Nabi pergi, dia selalu menyertainya. Termasuk ketika Rasul dalam perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah. Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Dia juga orang pertama yang memeluk Islam. Tidaklah sukar baginya untuk mempercayai ajaran Islam, kerana mengenali keagungan akhlak Rasulullah. Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi’raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, diberi gelaran oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq (yang benar, jujur, dan membenarkan) Dalam masa yang singkat sebagai Khalifah, Abu Bakar telah banyak memperbarui kehidupan kaum muslimin, memerangi nabi palsu, dan kaum muslimin yang tidak membayar zakat. Pada masa pemerintahannyajuga,penulisan Al-Qur’an dalam lembaran-lembaran bermula.
“Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh ummat niscaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar. ”(HR. Al Baihaqi)
2. ‘Umar bin Khattab (Al-Faruq)
‘Umar bin Khaththab RA adalah khalifah kedua. Sebelum masuk Islam, Umar sangat membenci Rasulullah dan mengancam untuk membunuh baginda. Umar memeluk Islam setelah mendengar surah Thoha yang dibacakan saudara perempuannya. Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar".Setelah itu,Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana beliau dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Dengan Islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di Baitullah. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar. Bahkan,syaitan pun sangat gerun dengan Umar. Daripada Saidatina Aisyah, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan menyingkir (menghindar) apabila berjumpa dengan Umar.” (Hadis riwayat Ibnu Asaakir).
Saat ’Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukan dalam kurun waktu satu tahun (636-637 M). Pemimpin yang sederhana dan peduli para rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat ( 23 H/644 M). Dia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.
3. ‘Utsman bin Affan (Dzun Nur Ain)
Khalifah Islam ketiga. Pada saat kepemimpinannya, beliau berjaya mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al- Qur’an. Mendapat gelaran Dzun Nur ’Ain (Pemilik Dua Cahaya), kerana menikahi dua puteri Nabi, Ruqayyah dan Ummu Kultsum. ’Utsman dikenali sebagai saudagar kaya dan dermawan. Beliau selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Semasa perang Tabuk, ’Utsman menyumbang lebih dari 940 unta, kemudian membawa 60 kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. Usman Wafat pada tahun 35H atau 655M.
4. ‘Ali bin Abi Thalib (Karramallahu Wajhah)
‘Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Suami kepada puteri Rasulullah, Fatimah, dan merupakan orang yang pertama masuk Islam dari golongan kanak-kanak. Pada saat peristiwa hijrah, ’Ali tidur di atas tempat tidur Rasulullah. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, menyangka Nabi masih berada di dalam rumah. ’Ali wafat pada tahun 40 Hijriyah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah shalat Shubuh. Beliau meninggal dalam usia 63 tahun dan menjabat sebagai khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau dimakamkan di Kufah, Irak.
5. Thalhah bin Abdullah(Syahid yang hidup)
Ketika perang Uhud, Talhah menjadikan dirinya sebuah perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang menuju ke Nabi dengan tangannya. Beliau terkena lebih 70 tikaman dan sehingga semua jari-jarinya putus. Beliau memapah Rasulullah yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud sedangkan kaum musyrikin telah meninggalkan medan peperangan karena menyangka Rasulullah telah wafat. Saat itu Thalhah berkata kepada Rasulullah,”Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku.” Nabi tersenyum sambil berkata, ”Engkau adalah Thalhah kebajikan.” Sejak itu, Beliau mendapat julukan Burung Elang hari Uhud. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabatnya, ”Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah.”
Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M. Beliau syahid semasa mengikuti perang Jamal
6.Zubair bin Awwam
Rasulullah sangat mencintai Zubair ibnul Awwam beliau pernah bersabda, ”Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Zubair ibnul Awwam.” Pada masa pemerintahan Umar, saat panglima perang menghadapi tentara Romawi di Mesir Amr bin Ash meminta bala bantuan pada Amirul Mu’minin, Umar mengirimkan empat ribu prajurit yang dipimpin oleh empat orang komandan, dan Umar menulis dalam suratnya, ”Aku mengirim empat ribu prajurit bala bantuan yang dipimpin empat orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai seribu orang. Tahukah anda siapa empat orang komandan itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnul Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Zubair bin Awwam.” Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan.
7. Abdurrahman bin Auf (orang yang berdagang dengan Allah)
Seorang pedagang yang berjaya, namun semasa berhijrah ia meninggalkan semua harta yang telah beliau usahakan sekian lama. Namun sekembalinya ke Madinah, beliau kembali menjadi seorang yang kaya-raya, dan semsa beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat empat ratus dinar, sedang yang masih hidup saat itu sekitar seratus orang, termasuk Ali dan Utsman. Beliau juga berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada ummahatul muslimin, sehingga Aisyah berdoa: “Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di surga.”
8.Abu ‘Ubaidah bin Jarrah
Rasulullah pernah memberikan pernyataan tentang Abu ‘Ubaidah. “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah,” kata Rasulullah. Seorang yang amanah dan jujur dalam berperilaku.Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah Al-Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah Al-Jarrah terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran suruh Al-Mujadalah ayat 22 yang bermaksud.
"Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung anak saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan didalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukan mereka ke dalam Syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain merekapun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahawa perajurit Allah pasti akan berjaya." (Al Mujadalah ayat 22)
9.Sa’ad bin Abi Waqqas (pemanah pertama dalam perang jihad fisabilillah)
Sa’ad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Beliau sangat mahir menunggang kuda dan memanah. Jika memanah musuh dalam sebuah peperangan pastilah tepat sasaran. Apabila mula-mula memeluk Islam, ibunya mengancam mogok makan dan minum. Namun beliau tidak menjual keimanan dan keyakinannya malah terus yakin dengan kebenaran agama Islam.
10. Said bin Zaid
Adik ipar Umar, adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi, dan Abu Dzar Al Ghifari.
Ketika memeluk Islam usianya belum genap 20 tahun. Saidina Umar mendengar Said dan isterinya(adik peremuan Umar) sedang membaca Al-Quran. Saidina Umar amat marah lalu memukul Said dan Fatimah. Apabila melihat Fatimah tercedera, Saidina Umar merasa kasihan lalu meminta lembaran Al Quran yang dibaca oleh Said. Pada awalnya Said enggan menyerahkannya tetapi akhirnya menyerahkannya. Hati Saidina Umar menjadi lembut apabila membaca ayat tersebut lalu pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk memeluk Islam.Said dapat bersama dengan Rasulullah SAW dalam semua peperangan kecuali perang Badar kerana Said diberi tugas lain oleh Rasulullah SAW.
0 comments:
Post a Comment