Apa khabar iman kita harini? Bagus? Cantik?
Belum lagi? Allahurobbi.. :)
Samalah kita.. Kita ini selalu lupa, mudah alpa, senang tergoda. Oleh sebab itulah kita perlu selalu mengambil masa untuk bermuhasabah diri merenung-renungkan keadaan diri yang kerdil disisi Allah...
Allah memuliakan hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa, mengangkat darjat orang-orang yang menuntut ilmu, berilmu dan beramal soleh. Ada satu lagi perbuatan yang boleh mengembalikan semangat dan motivasi diri kita untuk menguatkan akidah kita yakni bertafakur.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.”
(Riwayat ad-Dailani)
Bukanlah bermakna dengan bertafakur, kita tidak perlu beribadat lagi. Jangan disalahfahami dengan pemikiran seperti itu, sebaliknya ibadat bukan sahaja solat, puasa, zakat dan sebagainya, tetapi merangkumi seluruh perbuatan-perbuatan kebaikan yang mendatangkan ganjaran pahala. Jadi, dengan bertafakur, kita mampu memperoleh kebaikan yang lebih baik daripada beribadat selama setahun! Tahukah anda, berapa banyak ibadat-ibadat yang boleh dilakukan selama setahun itu tetapi fadilatnya didapati hanya dengan bertafakur selama satu saat sahaja? Inilah yang dikatakan sebagai ibadat akal yang mana akal ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk merenung, mengkaji dan menilai setiap ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Besar..
Subhanallah....! :)
Secara ringkasnya, ada 5 perkara yang perlu kita renung-renungkan pada alam sekeliling kita dan juga kepada diri kita sendiri:
1- Merenung ciptaan Allah s.w.t.
-Perhatikanlah bagaimana bulan dan matahari silih berganti menjadikan kejadian siang dan malam... Perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan awan dan menurunkan hujan pada bila-bila masa sahaja yang Allah inginkan. Perhatikan pula bagaimana Allah menciptakan unta dan binatang-binatang lain yang melata di muka bumi ini... Renungkan segala-galanya yang berada di sekeliling kita... Renungkan ciptaan-ciptaan manusia dan jin (yang kita tidak nampak tetapi kita tahu kewujudan mereka). Mungkin dengan renungan2 seperti ini, kita semakin berasa kerdilnya diri ini disisi Allah, mudah-mudahan semakin kuatlah kebergantungan kita kepada Allah Yang Maha Kuasa, semakin kuatlah keyakinan kita kepada Allah s.w.t.
2- Merenung kepada setiap nikmat kurniaan Allah s.w.t
-Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan ada di dalam hati kita perasaan sentiasa tidak cukup, kerana kalau kita rasa macam tu, apa-apa saja pun tidak akan cukup. Ada saja keluhan-keluhan seolah-olah tidak redha dengan ketentuan2 dan ketetapan2 Allah... Lihatlah kepada orang yang dibawah, bukan merendahkan mereka tetapi apabila kita melihat orng yang lebih susah daripada kita, kita akan berasa lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Begitu juga dengan nikmat yang ada pada tubuh badan kita. Mata; Allah kurniakan kepada kita untuk melihat dunia dan ciptaan-ciptaanNya.. Itu baru mata, belum lagi nikmat-nikmat yang lain. Tidak ada satupun nikmat-nikmat yang mampu kita dustakan....
3- Merenung janji syurga daripada Allah s.w.t..
-Allah telah banyak membayangkan syurga di dalam Al-Quran dan hadis, cukuplah dengan memberitahu kenikmatan yang dirasai di dalam syurga nanti adalah berehat sepuas-puasnya dengan pelbagai nikmat yang tidak putus-putus kepada orang-orang yang dirahmatiNya iaitu orang yang beriman dan yang beramal soleh. Apabila kita bandingkan dengan apa yang ada di dunia ini, apalah saja yang ada di dunia ini sehingga kita mudah dilalaikan dengan keduniaan yang fana. Maka dengan itu, termotivasilah diri kita untuk rajin beramal dan menjaga nafsu kerana kesudahan mereka yang sanggup mengenepikan dunia yang melalaikan itu kesudahannya ialah bakal memperolehi syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan yang tidak terbayangkan. Allah membayangkan buah-buahan, susu, arak (hanya halal diminum disyurga, di dunia tetap haram), batu permata, emas, dan sebagainya itu hanyalah dengan bayangan duniawi, kerana Allah membayangkan kepada kita contohnya; buah-buahan kerana kita tahu buah-buahan, tetapi tidaklah sama buah-buahan di dunia berbanding di syurga... Malahan sebenarnya ada banyak lagi yang tidak pernah terlihat dek mata, malah tidak pernah terlintas langsung dek akal kita yang terbatas. Tak rasa macam nak masuk syurga ke? Kalau mahu, ayuh beramal soleh kerana Allah... :)
4- Merenung betapa beratnya seksaan neraka.
-Di dalam Al-Quran juga ada banyak menyebut tentang azab-azab seksaan Allah kepada orang yang melampaui batas dan melanggar perintah-perintah Allah. Nauzubillah... Allah membayangkan api yang ada di dunia ini hanyalah sebesar biji sawi yang dipotong-potong halus, dan hanya sebutiran potongan itu sajalah kepanasan api dunia. Kita renungkan, kalau api yang ada di dunia ini sudah cukup kuat untuk membakar kayu api ataupun sebuah kawasan di bumi, apatah lagi neraka yang besarnya berganda-ganda, lebih daripada cukup untuk membakar segala-galanya di langit dan di bumi! Nauzubillah.. Tidakkah kita berasa takut dengan seksaan Allah kerana mengingkariNya?
Erm... Apabila kita merenung sesuatu seperti itu, maka ingatlah, sebenarnya Allah mendahulukan rahmatNya kepada kita semua, lebih daripada kemurkaanNya. Maka oleh itu, janganlah kita berputus asa. Biarpun kita ini merupakan seorang hamba yang banyak berdosa kepada Tuhannya, jangan lupa kurniaan Allah yang tertinggi iaitu keampunan. Masih belum terlambat untuk berubah selagi nyawa dikandung badan. ^__^
5- Merenung kecuaian-kecuaian kita dalam agama.
-Kita manusia, sering alpa, dan banyak pula berdosa. Kadang-kadang, solat subuh dan isya' selalu ketinggalan.. Terlajak tidur atau tertidur awal kerana kecuaian dan kelalaian kita sehingga tidak dapat menunaikan solat pada waktu yang sepatutnya. Kemudian, kita sering melakukan perbuatan-perbuatan dosa yang dianggap kecil dan remeh temeh, padahal sepatutnya kita menanamkan di dalam diri kita, bahawa jangan kita pandang kecil perbuatan dosa itu tetapi lihatlah betapa Besarnya Allah yang melihat sesuatu perbuatan dosa itu. Biarkanlah diri berasa bersalah dengan kecuaian-kecuaian kita supaya mudah kita beristighfar kepadaNya, dan terdetik di hati kita untuk mengubah diri menjadi ke arah yang lebih baik daripada semalam. Supaya kita menjadi salaha seorang hamba dan insan yang teguh iman dan penuh bertaqwa kepada Allah; Tuhan Sekalian Alam!
Allah menciptakan dunia ini, meletakkan hamba-hambaNya sementara di dunia yang menjadi tempat persinggahan yang fana, untuk kita melihat Kebesaran Allah yang mentadbir alam, untuk kita renungkan dan supaya kita berasa menghargai kehidupan ini dengan membesarkan Allah. Betapa nikmatnya kalau kita merasai kesusahan di dunia kemudian hidup kekal abadi di dalam syurga Allah akhirnya. Bersyukurlah kita ada Allah. Kalau kita fikir-fikirkan, memang sebenarnya Allah mahu juga kita masuk ke dalam syurga, tetapi malangnya ramai yang memandang dunia ini dengan kebesaran duniawi semata-mata, padahal ada tempat yang penuh dengan kenikmatan yang hakiki di akhirat kelak, khusus bagi orang-orang yang beriman dan yang dirahmatiNya.
Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment