Akhir-akhir ini kita banyak mendengar orang yang mendapat jodoh melalui facebook.Baguslah semoga bahagia. Tetapi yang bercerai-berai pun banyak juga. Di bawah adalah salah satu contohnya. Sebagai pengajaran dan sempadan kepada wanita yang bergelar isteri dan kepada suami juga.
Kisah ini terjadi di Lebanon berdasarkan apa yang saya dengar bersama ustaz di majlis ilmu syar’ie … Ustaz menguraikan kisah ini agar boleh menjadi taladan bagi muslimah di sini agar mereka berhati-hati terhadap chatting ini dan tidak melayani sapaan dari lelaki yang suka menggoda melalui chatting ini…
Beliau adalah seorang wanita muslimah yang Alhamdulillah, Allah kurniakan kepadanya seorang suami yang baik akhlak dan budi pekertinya. Di rumah dia memiliki komputer sebagaimana keluarga muslim lainnya di mana komputer bukan lagi merupakan barang mewah di Lebanon. Suaminya pun mengajari bagaimana menggunakan fasiliti ini yang akhirnya isterinya mahir bermain internet. Yang akhirnya dia pun mahir chatting dengan kawan-kawannya sesama muslimah.
Awalnya dia hanya chatting dengan rakannya sesama muslimah, … hingga pada suatu hari dia disapa oleh seorang lelaki yang mengaku sama-sama tinggal dikota beliau.Terkesan dengan gaya tulisannya yang sedap dibaca dan peramah.Muslimah yang telah bersuami ini akhirnya tergoda pada lelaki tersebut.
Bila suami sibuk bekerja untuk mengisi kekosongan waktunya, dia akhirnya menghabiskan waktu bersama dengan lelaki itu melalui chatting, … sehingga suami menegurnya setiba pulang dari kerja mengapa dia tetap sibuk di internet. Isteri itu pun membalas bahawa dia merasa bosan kerana suaminya selalu sibuk bekerja dan dia merasa kesepian, … dia merahsiakan dengan siapa dia chatting .. khuatir bila suaminya tahu maka dia akan dilarang main internet lagi…. Sungguh dia telah kecanduan berchatting ria dengan lelaki tersebut.
Fitnah pun semakin terjadi di dalam hatinya, .. dia melihat sosok suaminya sungguh jauh berbeza dengan lelaki tersebut, seronok di ajak berkomunikasi, suka bergurau dan sejuta keindahan lainnya di mana syaitan telah mengukir begitu indah di dalam lubuk hatinya.
Duhai fitnah asmara semakin membara, … ketika dia chatting lelaki itu pun semakin menggodanya, .. dia pun ingin bertemu empat mata dengannya. Gembiralah hatinya, .. dia pun memenuhi keinginan lelaki tersebut untuk berjumpa. Jadi mereka berjumpa dalam sebuah restoran, melalui chatting mereka jadi lebih akrab. Dari pertemuan itu akhirnya dilanjutkan dengan pertemuan berikutnya.
Hingga akhirnya lelaki tersebut telah berjaya menawan hatinya. Suami yang menasihati agar dia tidak lama-lama main internet tidak endahkannya. Akhirnya suami wanita ini menjual komputer tersebut kerana nasihatnya tidak di dengar, lalu apa yang terjadi ??
Langkah suaminya itu (menjual komputer) membuat isterinya sangat marah yang akhirnya dia pun meminta cerai dari suaminya. Kerana dia masih teringat cakap-cakap manis dengan lelaki tersebut yang menyatakan bahawa dia sangatlah mencintai dirinya, dan dia berjanji akan menikahinya apabila dia bercerai dari suaminya.
Suaminya yang sangat mencintai isterinya itu tentu saja menolak keputusan cerai itu. Kerana terus didesak isterinya itu akhirnya dia pun dengan berat hati menceraikan istrinya.
Sungguh betapa hebatnya fitnah lelaki itu. Setelah dia selesai cerai dengan suaminya dia pun menemui lelaki tersebut dan memberitahukan khabar gembira tentang statusnya sekarang yang telah menjadi janda. Lalu apakah lelaki itu mau menikahinya sebagaimana janjinya???
Ya ukhti muslimah dengarlah penuturan kisah tragik ini, … dengan tegasnya lelaki itu berkata:
“Tidak!! Aku tidak mahu menikahimu! Aku hanya mengujimu sejauh mana engkau mencintai suamimu,ternyata engkau hanyalah seorang wanita yang tidak setia kepada suami. Dan, aku takut bila aku menikahimu nanti engkau pun tidak akan setia kepadaku! Bukan ..bukan..wanita sepertimu yang aku cari, aku mendambakan seorang isteri yang setia dan taat kepada suaminya..!”
Lalu dia pun berdiri meninggalkan wanita ini, ..wanita dengan esak tangis yang tidak tertahan inipun akhirnya menemui ustaz tadi dan menceritakan kisahnya…. Dia pun merasa malu untuk meminta rujuk kembali dengan suaminya yang dulu … mengenangkan betapa buruknya dia melayani suaminya dan telah menjadi isteri yang tidak setia.
Share dengan kenkawan
0 comments:
Post a Comment