Wednesday, June 27, 2012

Doa Berlindung Daripada Sifat Mazmumah


Klik Gambar Untuk Zoom Doa Berlindung Daripada Sifat Mazmumah :)

Ibadah sebanyak mana pun, tidak ada nilai di sisi Allah Taala, kalau mazmumah masih bersarang di dalam hati. Sedikit ibadah pun tidak mengapa, asalkan yang fardhu tidak ditinggalkan, tapi mazmumah dapat disembuhkan. Mazmumah itulah yang memudharatkan diri dan orang kerana nafsu yang belum terdidik. Nafsu yang belum terdidik, mazmumahlah yang menguasai diri seseorang.

Apalah erti ibadah kalau mazmumah masih bermaharajalela merosakkan orang. Ibadah banyak, masih lagi pemarah, hasad, dendam, tamak, sombong, riyak, ujub, cinta dunia, ingin nama, glamor. Tujuan ibadah adalah untuk mengubat penyakit batin yang memusnah. Ibadah yang di hayati, boleh mendidik nafsu yang liar yang menjadi bala bencana kepada dunia. Ibarat penyakit, makan berbagai-bagai jenis ubat tapi tidak menghilangkan penyakit. Tujuan makan ubat untuk menghilangkan penyakit badan.

Begitulah ibadah yang berbagai-bagai jenis untuk mengubat mazmumah nafsu yang ganas. Ibadah dibuat nafsu masih berpenyakit, ibadah tidak ada nilai di sisi Allah. Itulah lumrah berlaku di zaman ini. Di dalam mengerjakan ibadah, mazmumah masih mengganas. Kerana itulah kita tidak hairan, adakalanya, di masjid itulah sumber kejahatan. Kerana orang yang bersembahyang, masih membawa penyakit batin, yang memecah-belahkan perpaduan. Orang yang bersembahyang merenggangkan persaudaraan. Akibatnya umat Islam sudah tidak dihormati orang.

2 comments:

Unknown said...

Salam mohon download photo doa jauhi sifat mazmumah ya. Syukran

azzhar said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...