Follow me on Twitter : @bamnablog

Wednesday, May 11, 2011

Nostalgia 90-an : Video Game Konami Contra

Teringat zaman muda-muda dulu dalam tahun 1996-1998 masa tu cuti-cuti sekolah rendah. Aku dengan adik aku dah puas sangat nih asyik main bola, guli, roba(pemadam), batang aiskrim, sumpit straw, tah kejor, tah duduk. Ingat nak mencuba permainan 'moden' sket. wehehe. Main arcade kat atas PASARAYA SALWA, tak puas. Main kalah main kalah. Sekeleng(syiling) pon abis. Payah benor jadi king of racer (excited pegang stereng). Plus ramai sangat otai-otai(DK) kat situ. Main kat kedai apek(baru buka masa tu), penoh sokmo. Isk isk tengok saje jela anak-anak orang kaya main PS1.Jiwa kacau beb. Mahal giler RM2 sejam tak mampu aku dua beranak nak main tapi apek tu pakai TV 20'' padan la kot masa tu. Hari-hari jiwa kacau nih, main SAIDINA pon salah kira la, rumah & tanah & hotel kene gadai la, kene denda la, masuk jel la. Hahaha. Setelah beberapa hari masuk jel saidina, member adik aku ajak join main videogame kat rumah dia.Yea..yea.. finally, boleh main game free. CONTRA antara game yang aku dah khatam. hohoho.

 

P/S: Apakah game yang anda dah khatam? Cer citer..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...