Follow me on Twitter : @bamnablog

Wednesday, March 10, 2010

Kisah Si Chot Mangkaq...

GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya
dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot
naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk
berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai
tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu
jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata,

"Kak... Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."


KEMIK

Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu
keretanya seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di
woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan
Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan
keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih
kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di
pintu keretanya akan kembung semula..

Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!"


BUKU TEPON

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.
"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.
" Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.
"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya
sungguh mendukacitakan!" kata Chot.
"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.
"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung
apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku
panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"


MASA

Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak
menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari
jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan
yang sama..."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...