Tuesday, February 19, 2019

KENAPA MESTI JAUHI TABIAT SUKA KOMPLEN?



Tahukah ada tabiat suka komplen rosakkan otak.? Siapa kata? Pengkaji dari dari Stanford University. Mereka lihat kesan komplen ke atas otak manusia. .

Pengkaji dapati kaki komplen otak bahagian hippocampus mereka atau pusat memori jadi kecil. Sama seperti mereka yang terkena penyakit alzheimer. .

Bukan sahaja kaki komplen. Pengumpat pun sama. Termasuk pengumpat dan pengata digital. . Menakutkan lagi, mereka yang mendengar sekali juga terkena penangan ini. Maksudnya semua yang terlibat dalam aktiviti membawang dapat kesan yang sama - pusat memori jadi kecil. .

Bayangkan apa yang akan berlaku apabila otak mengecil. Pusat memori tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. .

Bukan itu sahaja kesannya. Kaki komplen secara tidak langsung rewire otak mereka untuk mudah terkena anxiety dan kemurungan. Dua penyakit mental yang merahut bahagia. .

Komplen sekali sekali tepat pada isu tidak mengapa. Isunya ialah jadi kaki komplen. Hingga jadi tabiat. .

Bagaimana mahu elak? Cara mudahnya kalau perlu menegur, lakukan secara berdepan. Mulakan dengan pujian. Jangan terus menyerang. .

Kalau tidak mampu diamkan sahaja. Dalam kajian lain, cara elak komplen ialah bersyukur. Fokus pada perkara yang mahu disyukur. Paling mudah sebut sahaja “Alhamdulillah aku tak buat begitu atau tak jadi begitu.” . Elakkan membawang. Elakkan jadi kaki komplen. Elakkan masuk dalam grup yang sedang lantunkan komplen. . .

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti . . #DrOtak #BrainStory #cocoOCOC

Tuesday, September 20, 2016

WAKTU MUSTAJAB DOA

Pada waktu mustajab para malaikat banyak turun dan mengamin doa.

KEKUATAN DOA. Kalau nak tahu doa itu kuat atau tidak, kita lihat kekuatan hati kita terhadap Allah. Setiap insan sedar dan pasti tahu isi hati dan kesungguhannya ketika dia berdoa. Jika kita benar-benar yakin 100% Allah yang menentu dan mengizin segala yang berlaku dalam hidup kita, maka Allah mendengar dan melayani doa hambaNya. Disamping dia perlu merintih sungguh-sungguh ketika berdoa. Kerana inilah sifat seorang hamba yang hina dan kerdil. Jadi usahalah utamakan Allah dan Rasul dalam hidup kita. Tapi yakinlah, Allah yang Maha Bijaksana akan qobul doa kita ikut:
 1 - Masa yang Allah tetapkan.
 2 - Cara yang Allah pilihkan untuk kita. Jadi berdoalah dengan penuh rasa: " diri ini hamba Allah, aku berdoa kerana aku hamba Mu ya Allah".

Sabda Nabi saw: "الدعاء سلاح المؤمن، وعماد الدين، ونور السماوات والأرض" . رواه الحاكم
Maksudnya: " Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya di langit dan di bumi".

Sabda Nabi saw: "ادْعُوا اللهَ وأنتم موقِنون بالإجابة، واعْلَمُوا أنَّ اللهَ لا يَقْبَلُ دعاءً مِنْ قَلْبٍ غافِلٍ لاهٍ ". رواه الترمذي ٣٤٧٣ رواه أحمد
Maksudnya: " Berdoalah kamu dengan hati yang yakin bahawa Allah pasti terima doa kamu, ketahuilah Allah tidak terima doa dari seorang ysng berdoa dengan hati yang lalai".

FAHAMILAH DA'WAH

1. Da'wah itu mengajak bukan mengejek.
2. Da'wah itu membina bukan menghina.
3. Da'wah itu mendidik bukan membidik'.
4. Da'wah itu mengubati, bukan menyakiti.
5. Da'wah itu mengukuhkan bukan meruntuhkan.
6. Da'wah itu saling menguatkan, bukan saling melemahkan.
7. Da'wah itu menyejukkan bukan memanaskan.
8. Da'wah itu mengajar bukan menghukum dan memukul.
9. Da'wah itu belajar mentertibkan diri bukan tak menentu dan hilang kawalan diri.
10. Dakwah itu menasihati bukan mencaci maki.

Wednesday, August 3, 2016

Peringkat Solat - Golongan Manakah Kita?

Peringkat shalat, nilaikan dimana tahap shalat kita.

GOLONGAN 1:
"Kita lihat bisa hari ini sudah ramai umat islam yg tidak shalat, bahkan ramai juga yg tidak tahu mau shalat, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik mengatakan jatuh
kafir kalau tidak shalat tanpa sebab. Imam syafii mengatakan jatuh fasik, kalau ia masih yakin shalat itu fardhu.

GOLONGAN 2:
"Orang yg mengerjakan shalat secara zahir saja, bacaan pun masih tidak betul, taklid buta, main ikut ikutan orang saja, tidak mempelajari cara2 untuk shalat
secara resmi atau tidak, ilmu tentang shalat tidak ada, Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan dalam hidup keadaan durhaka kepada Allah Ta'ala...

GOLONGAN 3:
"Orang yg mengerjakan shalat, bahkan tahu ilmu mengenai shalat, tetapi tidak bisa melawan nafsu terhadap kesukaan dunia yg kuat, jadi mereka ini sebentar shalat sebentar tidak, kalau ada waktu dan mood baik ia shalat, kalau sibuk terkocar kacir, ada progam kenduri, pesta ria, berziarah,, bermusafir letih dan capek, maka ia tidak shalat, orang ini jatuh fasik.

Tuesday, July 26, 2016

ZIKIR PEMBUKA PINTU LANGIT

Menurut Syeikh Ibnu Atha'illah, sebagai tanda bahawa sebuah zikir sampai pada sirr (nurani terdalam pada jiwa yang kelak menjadi tempat cahaya penyaksian) adalah saat berzikir dan objek zikirnya lenyap tersembunyi. Zikir sirr terwujud ketika seseorang telah terliputi dan tenggelam di dalamnya. Tandanya, apabila engkau meninggalkan zikir tersebut, ia takkan meninggalkanmu. Zikir tersebut terbang masuk ke dalam dirimu untuk menyedarkanmu dari keadaan tidak sedar kepada keadaan hudhur (hadirnya qalbu). Salah satu tandanya, zikir itu akan menarik kepalamu dan seluruh organ tubuhmu sehingga seolah-olah tertarik oleh rantai. Indikasinya, zikir tersebut tak pernah padam dan cahayanya tak pernah redup. Tetapi, engkau menyaksikan cahayanya selalu naik turun, sementara api yang ada di sekitarmu sentiasa bersih menyala. Zikir yang masuk ke dalam sirr terwujud dalam bentuk diamnya si pelaku zikir seolah-olah lisannya tertusuk jarum. Atau, semua wajahnya adalah lisan yang sedang berzikir dengan cahaya yang mengalir darinya.

Thursday, November 12, 2015

Surah Al-Fatihah (Tafsir)




Wednesday, July 29, 2015

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari


Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari
1. Semalam – Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini – Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok – Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga

Tuesday, July 28, 2015

Kebangkitan Islam

Konsep pemerintahan ideal utk umat Islam yg diredhai Allah ada 3: iaitu sistem nubuwwah, khilafah dan monarki Islam.

Buktinya adalah kerajaan Islam yg dibangunkan melalui sistem tersebut dipelihara oleh Allah hingga ianya mampu bertahan hingga 1200 tahun lebih.

Melalui sistem inilah maka Allah kembangkan Islam hingga ke 2/3 dunia.

Dikala itu dakwah, jihad dan khilafah dijalankan oleh umat Islam secara ijtimaie (kolektif).

Namun demikian. sebagaimana pepatah Arab mengatakan bahawa bagi setiap era kegemilangannya pasti akan ada zaman kejatuhannya. Maka, sekitar 200 terakhir ini, tepatnya ialah sejak kejatuhan empayar uthmaniyyah maka bermulalah era kejatuhan dan kemunduran umat Islam secara globalnya hingga terpecah menjadi komponen negara² yg berbeza.

Kemunduran umat ini begitu hebat hingga ketahap mereka kehilangan jati diri dan identiti. Malah tak percaya lagi yg Islam akan kembali gemilang jika mereka memenuhi syarat² nya iaitu kembali kepada minhajin nubuwwah.

Dalam keadaan yg genting inilah maka Allah SWT telah membangkitkan tiga golongan yg mukhlisin, iaitu jemaah Tabligh, ikhwanul muslimin dan mujahidin utk membangunkan agamanya.

Penjelasannya ialah seperti berikut. iaitu sebagaimana saya jelaskan sebelum ini, manhaj dakwah Rasulullah saw ada tujuh peringkat.
1) dakwah 2) baiat 3) Hijrah 4) Nusrah 5) jihad 6) fatah 7) khilafah.

Friday, June 27, 2014

100 Tips Istiqamah Amalan & Memantapkan Iman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Disini,ingin kongsikan tips bagaimana hendak istiqamahkan amalan kita,memantapkan iman kita, menambah kecintaan pada Ilahi, semoga anda semua sebarkan ilmu ini, agar rakan rakan kita di luar sana, kembali kejalan yg benar, berapa banyak manusia yang kalah dengan godaan syaitan dan nafsu apabila mereka lupa, lalai mengingati Allah SWT. InshaAllah, Kita semua bernaung dibawah keredhaan Ilahi dan disayangi serta diberkati oleh Allah swt. Amiin Allahumma Amiin

100 Tips Istiqamah Amalan & Memantapkan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program

Monday, March 17, 2014

MANAFAAT WUDHU SEBELUM TIDUR



"Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap 'Ya Allah ampunilah hambaMu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan suci."
(HR. Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a)

Hal ini juga ditulis dalam Kitab Tanqin al-Qand al-Hatsis karangan Syeikh Mmuhammad bin Umar an-Nawawi al-Mantany. Dari Umar bin Harist bahawa Nabi bersabda :

"Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu, maka apabila mati di saat tidur maka matinya dalam keadaan syahid disisi Allah SWT, maksudnya orang yg berwudhu sebelum tidur akan memperoleh posisi yg tinggi disisi Allah SWT."

SubhanALLAH...

"Semoga ALLAH bimbing kita dalam iman dan takwa, dan senantiasa menjaga wudhu kita, mudah-mudahan kita memperoleh derajat tertinggi di sisiNya. aamiinn "

Wednesday, January 29, 2014

Kalam Habib Umar Bin Hafidz

Al-Alamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz bin Syekh Abubakar
  1. Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat darjatmu di sisi Allah.
  2. Barangsiapa semakin mengenal kepada Allah nescaya akan semakin takut.
  3. Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.
  4. Barangsiapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.
  5. Barangsiapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barangsiapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

Sunday, December 29, 2013

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat


1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

Sunday, November 17, 2013

KELEBIHAN SOLAT JEMAAH



Berfirman Allah Taala :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ
سورة التوبة: الآية: 18.
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. [at-Taubah : 18]

Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.

Tawadhuknya Nabi SAW


Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sangat tawadhu` orangnya, yakni suka merendahkan dirinya terhadap orang lain. Sifat mulia ini sangat asing ada pada ramai manusia, apatah untuk dijumpai sifat ini pada seorang ketua, pemimpin atau seumpamanya.

Namun sifat ini sangat subur terpancar dari jiwa Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam yang bukan sahaja merupakan Pesuruh ALLAH, juga merupakan seorang pemimpin negara yang sangat berwibawa. Membuatkan manusia yang menemuinya pasti berasa terhormat dan jatuh cinta.

Tuesday, November 5, 2013

Isnin Hari Kelahiran Rasulullah SAW


Isnin Hari Kelahiran Rasulullah SAW
Riwayat: (Muslim)

Hadith:
Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".

Wednesday, October 2, 2013

Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat



Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat
Riwayat: Riwayat Ahmad

Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka."

Huraian Hadith:
1. Fitrah manusia adalah sukakan akhlak yang mulia. Oleh itu seharusnya setiap anggota masyarakat hendaklah menjadikan dirinya seumpama bunga yang menyenangkan hati semua orang yang melihatnya biarpun diketahui bahawa lain orang, lain sifat dan perangainya.

2. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan adalah perkara lumrah dalam kehidupan bermasyarakat kerana sekiranya setiap orang mempraktikkannya nescaya tidak akan wujud jurang atau permusuhan di antara satu sama lain bahkan kehidupan bermasyarakat akan semakin teguh dengan adanya sikap saling hormat menghormati dan merendah diri serta kasih mengasihi.

3. Maka orang yang sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi kerenah kehidupan bermasyarakat sebenarnya adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang memencilkan diri daripada masyarakat kerana orang sebegini tidak mementingkan diri sendiri tetapi sanggup berkorban demi menjamin keamanan dan keharmonian yang mereka semua idamkan. Sebagaimana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita dan sebagaimana kita mahu disayangi, begitulah juga orang lain mahu disayangi. Oleh itu kehidupan bermasyarakat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Hakikat Kebijaksanaan



Hakikat Kebijaksanaan
Riwayat: Riwayat at-Tirmidzi

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.

Huraian Hadith: 
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.

2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Setiap yang bernyawa pasti akan mati. (al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.

4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.

Batasan Dalam Bergurau Senda



Batasan Dalam Bergurau Senda
Riwayat: Riwayat Abu Daud

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya::Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !

Huraian Hadith:
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

Thursday, September 12, 2013

ISTERI DIANGGAP DERHAKA JIKA


1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...