Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

WAKTU MUSTAJAB DOA

Pada waktu mustajab para malaikat banyak turun dan mengamin doa.

KEKUATAN DOA. Kalau nak tahu doa itu kuat atau tidak, kita lihat kekuatan hati kita terhadap Allah. Setiap insan sedar dan pasti tahu isi hati dan kesungguhannya ketika dia berdoa. Jika kita benar-benar yakin 100% Allah yang menentu dan mengizin segala yang berlaku dalam hidup kita, maka Allah mendengar dan melayani doa hambaNya. Disamping dia perlu merintih sungguh-sungguh ketika berdoa. Kerana inilah sifat seorang hamba yang hina dan kerdil. Jadi usahalah utamakan Allah dan Rasul dalam hidup kita. Tapi yakinlah, Allah yang Maha Bijaksana akan qobul doa kita ikut:
 1 - Masa yang Allah tetapkan.
 2 - Cara yang Allah pilihkan untuk kita. Jadi berdoalah dengan penuh rasa: " diri ini hamba Allah, aku berdoa kerana aku hamba Mu ya Allah".

Sabda Nabi saw: "الدعاء سلاح المؤمن، وعماد الدين، ونور السماوات والأرض" . رواه الحاكم
Maksudnya: " Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya di langit dan di bumi".

Sabda Nabi saw: "ادْعُوا اللهَ وأنتم موقِنون بالإجابة، واعْلَمُوا أنَّ اللهَ لا يَقْبَلُ دعاءً مِنْ قَلْبٍ غافِلٍ لاهٍ ". رواه الترمذي ٣٤٧٣ رواه أحمد
Maksudnya: " Berdoalah kamu dengan hati yang yakin bahawa Allah pasti terima doa kamu, ketahuilah Allah tidak terima doa dari seorang ysng berdoa dengan hati yang lalai".

Monday, March 17, 2014

MANAFAAT WUDHU SEBELUM TIDUR



"Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap 'Ya Allah ampunilah hambaMu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan suci."
(HR. Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a)

Hal ini juga ditulis dalam Kitab Tanqin al-Qand al-Hatsis karangan Syeikh Mmuhammad bin Umar an-Nawawi al-Mantany. Dari Umar bin Harist bahawa Nabi bersabda :

"Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu, maka apabila mati di saat tidur maka matinya dalam keadaan syahid disisi Allah SWT, maksudnya orang yg berwudhu sebelum tidur akan memperoleh posisi yg tinggi disisi Allah SWT."

SubhanALLAH...

"Semoga ALLAH bimbing kita dalam iman dan takwa, dan senantiasa menjaga wudhu kita, mudah-mudahan kita memperoleh derajat tertinggi di sisiNya. aamiinn "

Sunday, December 29, 2013

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

Sunday, November 17, 2013

KELEBIHAN SOLAT JEMAAH



Berfirman Allah Taala :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ
سورة التوبة: الآية: 18.
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. [at-Taubah : 18]

Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.

Tuesday, November 5, 2013

Isnin Hari Kelahiran Rasulullah SAW


Isnin Hari Kelahiran Rasulullah SAW
Riwayat: (Muslim)

Hadith:
Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".

Wednesday, October 2, 2013

Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat



Mehnah Dalam Kehidupan Bermasyarakat
Riwayat: Riwayat Ahmad

Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Mukmin yang mencampuri manusia dan bersabar atas penyiksaan mereka adalah lebih mulia daripada mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyiksaan mereka."

Huraian Hadith:
1. Fitrah manusia adalah sukakan akhlak yang mulia. Oleh itu seharusnya setiap anggota masyarakat hendaklah menjadikan dirinya seumpama bunga yang menyenangkan hati semua orang yang melihatnya biarpun diketahui bahawa lain orang, lain sifat dan perangainya.

2. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan adalah perkara lumrah dalam kehidupan bermasyarakat kerana sekiranya setiap orang mempraktikkannya nescaya tidak akan wujud jurang atau permusuhan di antara satu sama lain bahkan kehidupan bermasyarakat akan semakin teguh dengan adanya sikap saling hormat menghormati dan merendah diri serta kasih mengasihi.

3. Maka orang yang sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi kerenah kehidupan bermasyarakat sebenarnya adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang memencilkan diri daripada masyarakat kerana orang sebegini tidak mementingkan diri sendiri tetapi sanggup berkorban demi menjamin keamanan dan keharmonian yang mereka semua idamkan. Sebagaimana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita dan sebagaimana kita mahu disayangi, begitulah juga orang lain mahu disayangi. Oleh itu kehidupan bermasyarakat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Hakikat Kebijaksanaan



Hakikat Kebijaksanaan
Riwayat: Riwayat at-Tirmidzi

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.

Huraian Hadith: 
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.

2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Setiap yang bernyawa pasti akan mati. (al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.

4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.

Batasan Dalam Bergurau Senda



Batasan Dalam Bergurau Senda
Riwayat: Riwayat Abu Daud

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya::Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !

Huraian Hadith:
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

Thursday, September 12, 2013

ISTERI DIANGGAP DERHAKA JIKA


1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".

Monday, August 26, 2013

Sebab Doa Tidak Makbul


Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” (Al Mu’min:60)

”Jangan salahkan Allah bila doa tak dikabulkan dan jangan pula menggerutu atau jemu,” kata Abdul Qadir-Jailani dalam Mafatih al-Ghaib. Yang perlu dipertanyakan adalah mengapa doa kita tak terkabul? Ada dua sebab mengapa doa tertolak. Yaitu, pertama, tidak memperhatikan adab berdoa, baik adab lahir maupun adab batin.

Rasulullah SAW bersabda, ”Doa seorang hamba Allah tetap dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim atau tak terburu-buru segera dikabulkan.” Seorang sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah, apakah maksud terburu-buru?” Rasulullah menjawab, ”Ia mengatakan, ‘aku telah berdoa tapi aku tidak melihat doaku dikabulkan’, sehingga ia mengabaikan dan meninggalkan doanya itu.” (HR Muslim).

Wednesday, August 14, 2013

Sempurnakan Wudhuk Kamu




Hadis Sahih Muslim No. 0188 Jilid 1 Topik adalah Bersuci
188. Dari 'Abdullah bin 'Amar r.a., katanya: "Kami kembali dari Mekah ke Madinah bersama-sama dengan Rasulullah saw. Ketika kami sampai di suatu tempat yang berair, rombongan yang dahulu dari kami segera mengambil wuduk untuk 'Asar. Dan mereka berwuduk dengan tergesa-gesa. Tatkala kami dapat menyusul dan sampai ke dekat mereka, ternyata tumit-tumit mereka tidak basah kena air. Kerana itu Rasulullah saw. bersabda, "Celakalah tumit-tumit (yang tidak basah) itu dimakan api neraka. Sempurnakan wuduk mu sebagus-bagusnya."


Saturday, July 27, 2013

Puasa Yang Berkat


Puasa Yang Berkat
Riwayat: Riwayat Ibnu Majah

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.

Saturday, July 6, 2013

Elakkan Berkata "Kalau"


Elakkan Berkata "Kalau"
Riwayat: Riwayat Muslim

Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan.

Thursday, June 20, 2013

Manusia yang Sebenar-benar Bijak


Manusia yang Sebenar-benar Bijak
Riwayat: at-Tirmizi

Hadith:
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”

Huraian Hadith:
Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.

Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat.

Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat.

Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama.

Wednesday, June 19, 2013

3 Amalan Yang Berkat


3 Amalan Yang Berkat
Riwayat: Bukhari

Hadith:
Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."

Huraian Hadith:
Di dalam al-Qur'an dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya amat besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka).

Wednesday, June 12, 2013

Amalan sebelum tidur


Amalan sebelum tidur
Riwayat: (Muslim)

Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.

Huraian Hadith:
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadith yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur" - (Bukhari-Muslim) Sesungguhnya tidur adalah suatu kematian yang sementara sedangkan hidup dan mati itu di tangan Allah. Tiada siapa yang tahu bila kita akan mati dan bagaimana kita akan menghadapi detik-detik apabila roh terlerai dari jasad. Bukan jarang kita mendengar orang yang mati ketika sedang tidur ! Oleh itu selaku orang Islam kita dituntut agar membaca doa sebelum melelapkan mata supaya terhindar daripada perkara yang tidak diingini iaitu mati dalam keadaan mengejut. Ingatlah bahawa menghisab amalan sebelum tidur akan menyedarkan kita tentang hari akhirat kelak. Ia menjadikan kita insaf agar tidak mensia-siakan usia dan masa yang diperuntukkan.

Thursday, June 6, 2013

Waktu Doa Paling Mustajab


Waktu Doa Paling Mustajab
Riwayat: Muslim

Hadith:
Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.

Monday, May 27, 2013

Doa Memohon Cinta Allah

Klik untuk zoom Doa Memohon Cinta Allah. Selamat Beramal :)

Tips Mudah Bangun Malam

Jangan tidur dalam keadaan terlalu selesa. Tips Mudah Bangun Malam. Selamat Beramal :)

Tuesday, May 21, 2013

Dosa Kecil Jangan Dipandang Ringan


Dosa Kecil Jangan Dipandang Ringan
Riwayat: Bukhari

Hadith:
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...