Showing posts with label Quran. Show all posts
Showing posts with label Quran. Show all posts
Thursday, November 12, 2015
Sunday, December 29, 2013
10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
Sunday, November 17, 2013
KELEBIHAN SOLAT JEMAAH
Berfirman Allah Taala :
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ
سورة التوبة: الآية: 18.
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. [at-Taubah : 18]
Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.
Monday, August 26, 2013
Sebab Doa Tidak Makbul
Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” (Al Mu’min:60)
”Jangan salahkan Allah bila doa tak dikabulkan dan jangan pula menggerutu atau jemu,” kata Abdul Qadir-Jailani dalam Mafatih al-Ghaib. Yang perlu dipertanyakan adalah mengapa doa kita tak terkabul? Ada dua sebab mengapa doa tertolak. Yaitu, pertama, tidak memperhatikan adab berdoa, baik adab lahir maupun adab batin.
Rasulullah SAW bersabda, ”Doa seorang hamba Allah tetap dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk suatu perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim atau tak terburu-buru segera dikabulkan.” Seorang sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah, apakah maksud terburu-buru?” Rasulullah menjawab, ”Ia mengatakan, ‘aku telah berdoa tapi aku tidak melihat doaku dikabulkan’, sehingga ia mengabaikan dan meninggalkan doanya itu.” (HR Muslim).
Sunday, August 4, 2013
Tuesday, June 18, 2013
Wednesday, April 3, 2013
Doa Mohon Keringanan dan Kemudahan
Klik gambar untuk zoom Doa Mohon Keringanan dan Kemudahan. Selamat Beramal :)
Baca Lagi :
Friday, March 1, 2013
Thursday, February 28, 2013
Friday, February 15, 2013
Adab Memasak Mengikut Sunnah
Adab Memasak mengikut sunnah
Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu' dan hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.
Doa masuk dapur
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]
Friday, December 21, 2012
Carta Perencanaan Anak Soleh
Doa Memohon Mendapat Anak Yang Soleh -Majalah al-Ustaz isu 09
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. - Furqan ayat 74
-Ustaz Zahazan Mohamed
Tuesday, December 18, 2012
Monday, December 10, 2012
Friday, December 7, 2012
Kisah Lelaki Jelek Beristerikan Perempuan Cantik
KISAH LELAKI JELEK BERISTERIKAN PEREMPUAN CANTIK
Telah diceritakan oleh Al-Imam al-Asma'ie rahimahullah. Aku masuk ke kampung Badwi, lalu aku bertemu dengan seorang wanita yang cantik bersuamikan seorang lelaki yang jelek. Lalu aku bertanya kepada wanita itu :
“ Adakah kamu redha bersuamikan lelaki seumpama ini ”
Jawab wanita itu : “ DIAM!!. Sesungguhnya kamu telah berkata sesuatu yang buruk. Kemungkinan pada suatu ketika dahulu suamiku pernah melakukan ketaatan kepada Allah. Lalu Allah membalas kebaikannya dengan menjadikan aku sebagai isterinya…..atau aku yang pernah melakukan maksiat kepada Allah, lalu Allah membalas keburukanku dengan menjadikan dia sebagai suamiku. Maka adakah aku tidak redha terhadap apa yang Allah redha buatku? ”
Lalu kata Imam al-Asma'ie rahimahullah : “ Wanita tersebut telah mendiamkan aku ”
Sumber : Kitab As-Siasah Bayna Az-Zaujain fi Al-Islam (Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim Rahimahullah)
PENGAJARAN :
1. Wajah bukanlah segalanya-galanya. Pilihlah kerana agamanya.
Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bersabda : Seseorang wanita dinikahi kerana empat perkara ; kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, pasti kamu beruntung. (Riwayat Muslim)
2. Jodoh dan ajal merupakan ketetapan tuhan. Usai dipertikaikan.
3. Bersangka baiklah dengan ketentuan Allah.
“ Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.
Tuesday, November 6, 2012
Wednesday, October 24, 2012
Saturday, October 13, 2012
Wednesday, October 3, 2012
Friday, September 28, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


















