Buktinya adalah kerajaan Islam yg dibangunkan melalui sistem tersebut dipelihara oleh Allah hingga ianya mampu bertahan hingga 1200 tahun lebih.
Melalui sistem inilah maka Allah kembangkan Islam hingga ke 2/3 dunia.
Dikala itu dakwah, jihad dan khilafah dijalankan oleh umat Islam secara ijtimaie (kolektif).
Namun demikian. sebagaimana pepatah Arab mengatakan bahawa bagi setiap era kegemilangannya pasti akan ada zaman kejatuhannya. Maka, sekitar 200 terakhir ini, tepatnya ialah sejak kejatuhan empayar uthmaniyyah maka bermulalah era kejatuhan dan kemunduran umat Islam secara globalnya hingga terpecah menjadi komponen negara² yg berbeza.
Kemunduran umat ini begitu hebat hingga ketahap mereka kehilangan jati diri dan identiti. Malah tak percaya lagi yg Islam akan kembali gemilang jika mereka memenuhi syarat² nya iaitu kembali kepada minhajin nubuwwah.
Dalam keadaan yg genting inilah maka Allah SWT telah membangkitkan tiga golongan yg mukhlisin, iaitu jemaah Tabligh, ikhwanul muslimin dan mujahidin utk membangunkan agamanya.
Penjelasannya ialah seperti berikut. iaitu sebagaimana saya jelaskan sebelum ini, manhaj dakwah Rasulullah saw ada tujuh peringkat.
1) dakwah 2) baiat 3) Hijrah 4) Nusrah 5) jihad 6) fatah 7) khilafah.
Jemaah tabligh ambil manhaj nombor 1 hingga ke nombor 4 darinya (dakwah, baiah, hijrah & nusrah) Mujahidin ambil 3,4,5 (hijrah, nusrah & jihad).dan gerakan Ikhwan ambil manhaj yg ketujuh (khilafah).
Kesemua marhalah ini masih belum dijalankan dalam erti yg sebenarnya,yakni baru sekadar lakonan & latihan, kerana realitinya ketiga gerakan tersebut masih juga belum mampu memacu bidang masing² ketahap kesempurnaan.
Habis tu siapakah yg akan menyempurnakan manhajin nubuwwah tersebut?
Logikanya,individu yg akan menegakkan ketujuh marhalah tsbt pastilah seorang yg hebat (pilihan Allah).it will be Al Mahdi Al muntazar.setelah kita melihat dgn zahirnya di depan kita bahawa keberadaan para ulamak bertaraf dunia pada hari ini pun masih buntu menyelesaikan pertikaian dikalangan umat ini.
Sebab itu, hari ini Jemaah tabligh selalu menyebut dalam bayan mereka bahawa kita baru belajar² dakwah, belum buat dakwah. Sebabnya ialah kerana kita baru berani mendakwahkan orang² Islam, dan belum berdakwah dalam ertikata yg sebenarnya.
Adapun larangan para masyaikh agar rakan seusaha tidak mendakwah org kafir bukanlah larangan dalam bentuk tashri'ie (syariat), tapi irsyadie (kesesuaian dan krn kelemahan umat Islam dalam menjalankannya).
Ada maslahah yg Allah tunjukkan kepada mereka. Iaitu menurut firasat mereka kita belum mampu bertahan dengan serangan batil sewaktu mendakwahkan non muslim, berjihad dan menegakkan negara Islam. kelemahan ini terjadi akibat umat Islam telah melupakan tanggungjawab dakwah sejak lebih 200 tahun yg lalu.
Jadi adalah lebih penting memupuk kesedaran umat Islam (para daie) yg sedang lalai, daripada memberikan tumpuan kepada orang lain. Hakikatnya orang Islam belum bersedia menerima kehadiran para muallaf dalam bilangan yg ramai dalam komuniti mereka, dan merasakan Islam sebagai agama eksklusif umat Islam.
Jika para sahabat dahulu sanggup menyediakan apa saja utk sambut orang yg nak masuk Islam, kita hari ini sebaliknya merasakan bebanan...
Justeru itu ada baiknya kita tumpukan perhatian kepada umat Islam seketika sebagai persiapan ke arah dakwah yg lebih sempurna.
Dan ini bukanlah kesilapan, kerana sebagaimana hukum lari dari medan perang itu satu dosa, tetapi jika seseorang itu melarikan dirinya dengan niat utk membuat persiapan yg lebih rapi maka hukumnya tak salah di sisi Allah SWT.
Jika demikian keadaan JT, maka begitu juga dengan aktiviti Jihad yg dilancarkan oleh para mujahidin di serata dunia juga masih belum kaffah (bersifat runcit²), sebab bukan dalam satu saf, bukan di bawah pimpinan seorang amir, dan umat Islam diserata dunia belum mendapat tarbiyyah yg menyeluruh.
Kesimpulannya, dakwah, jihad dan khilafah yg sempurna hanya mampu ditangani oleh Al Mahdi as sahaja.malah kemerdekaan Syiria dan Palestin juga hanya akan berlaku di tangannya. Jika ada yg ragu silalah mencuba!!!
Begitu juga dengan kelompok pan islamisme. Politik mereka juga tidak bersifat inklusif. Umat Islam menguruskan politik & khilafah di negara masing2...
Walaupun kewujudan kelompok ini tidak memadai namun sekurangnya dapat mengelakkan umat ini dari dosa akibat meninggalkan perkara fardu iaitu membangunkan agama.
Jadi kita lihat JT Cuba bangunkan agama Dari bawah. Sebaliknya kelompok mujahideen mula Dari tengah dan Pan Islamisme Dari atas.
Semuanya sedang berusaha mengikut ijtihad masing2. Jazahumullah ahsanal jaza'.
Namun begitu, menurut Al Faqir dalam keadaan getir ini, kalaulah kelompok dajjal sedang agresif membuat persiapan menyambut bos mereka, maka apakah Allah tidak buat perancangan bagi pihak umat Islam.
Dah tentu Allah sudah lama juga buat persediaan yg paling canggih & sempurna.
Cuma biasanya persediaan Allah nampak macam lemah, tak mengikut arus perdana dan bertentangan dengan adat kebiasaan dan kefahaman biasa.
Sebab biasanya Allah menewaskan musuh² nya melalui jalan yg mereka tak sangka...
Oleh Maulana Helmi hafizahullah
0 comments:
Post a Comment