KEKUATAN DOA. Kalau nak tahu doa itu kuat atau tidak, kita lihat kekuatan hati kita terhadap Allah. Setiap insan sedar dan pasti tahu isi hati dan kesungguhannya ketika dia berdoa. Jika kita benar-benar yakin 100% Allah yang menentu dan mengizin segala yang berlaku dalam hidup kita, maka Allah mendengar dan melayani doa hambaNya. Disamping dia perlu merintih sungguh-sungguh ketika berdoa. Kerana inilah sifat seorang hamba yang hina dan kerdil. Jadi usahalah utamakan Allah dan Rasul dalam hidup kita. Tapi yakinlah, Allah yang Maha Bijaksana akan qobul doa kita ikut:
1 - Masa yang Allah tetapkan.
2 - Cara yang Allah pilihkan untuk kita. Jadi berdoalah dengan penuh rasa: " diri ini hamba Allah, aku berdoa kerana aku hamba Mu ya Allah".
Sabda Nabi saw: "الدعاء سلاح المؤمن، وعماد الدين، ونور السماوات والأرض" . رواه الحاكم
Maksudnya: " Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya di langit dan di bumi".
Sabda Nabi saw: "ادْعُوا اللهَ وأنتم موقِنون بالإجابة، واعْلَمُوا أنَّ اللهَ لا يَقْبَلُ دعاءً مِنْ قَلْبٍ غافِلٍ لاهٍ ". رواه الترمذي ٣٤٧٣ رواه أحمد
Maksudnya: " Berdoalah kamu dengan hati yang yakin bahawa Allah pasti terima doa kamu, ketahuilah Allah tidak terima doa dari seorang ysng berdoa dengan hati yang lalai".
1-HARIAN:
a - Waktu antara selepas masuk subuh hingga syuruq.
b - Penghujung waktu dhuha.
c - Penghujung waktu asar iaitu 30 minit sebelum maghrib.
d - Waktu yg terbaik ialah1/3 malam yang akhir. Bukan krn malaikat ramai turun. Tapi pada masa ini seorang sedang berurusan terus dgn Allah. Doanya memang terus didengari Allah.
e - Semasa hujan turun lebat. Malaikat memenuhi langit.
f - Ketika azan.
g - Waktu antara azan dan iqomah.
h - Selepas solat fardu iaitu sebelum batal wuduk.
2-MINGGUAN:
a -Malam selasa dan malam jumaat.
b - Hari rabu waktu antara zohor dan asar. Sebaiknya mulakan dengan solat hajat.
3-BULANAN: -Hari2 putih.
4-TAHUNAN: Sepanjang bulan Ramadan, muharram dan zulhijjah. Terutama 1 hingga 10 zulhijjah.
5-SEPANJANG MASA:
a - Bila berada dalam masjidil haram. Lebih2 lagi ketika tawaf.
b - Bila kita sedang musafir yang harus dengan tujuan yang baik. Bukan untuk berseronok yang melalaikan.
c - Sepanjang kita sedang berpuasa.
d - Dalam sujud akhir dan selepas tahiyyat akhir. Doa dalam hati.
0 comments:
Post a Comment