Bayi 6 Minggu
Darah yang Keluar ketika HamilFuqaha berbeza pendapat tentang status darah yang keluar ketika seorang perempuan itu hamil. Satus ini sangat penting kerana ia menentukan tanggungjawab wanita tersebut dalam beribadat.
Sekiranya darah tersebut adalah haid, dia tidak perlu, malah tidak boleh melakukan ibadah-ibadah yang mensyaratkan pelakunya suci, bebas daripada hadas. Namun jika darah yang keluar itu hanya darah penyakit atau istihadah, wanita itu wajib dan boleh melakukan semua ibadah yang dituntut seperti solat dan membaca Al-Quran.












