Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, February 19, 2019

KENAPA MESTI JAUHI TABIAT SUKA KOMPLEN?



Tahukah ada tabiat suka komplen rosakkan otak.? Siapa kata? Pengkaji dari dari Stanford University. Mereka lihat kesan komplen ke atas otak manusia. .

Pengkaji dapati kaki komplen otak bahagian hippocampus mereka atau pusat memori jadi kecil. Sama seperti mereka yang terkena penyakit alzheimer. .

Bukan sahaja kaki komplen. Pengumpat pun sama. Termasuk pengumpat dan pengata digital. . Menakutkan lagi, mereka yang mendengar sekali juga terkena penangan ini. Maksudnya semua yang terlibat dalam aktiviti membawang dapat kesan yang sama - pusat memori jadi kecil. .

Bayangkan apa yang akan berlaku apabila otak mengecil. Pusat memori tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. .

Bukan itu sahaja kesannya. Kaki komplen secara tidak langsung rewire otak mereka untuk mudah terkena anxiety dan kemurungan. Dua penyakit mental yang merahut bahagia. .

Komplen sekali sekali tepat pada isu tidak mengapa. Isunya ialah jadi kaki komplen. Hingga jadi tabiat. .

Bagaimana mahu elak? Cara mudahnya kalau perlu menegur, lakukan secara berdepan. Mulakan dengan pujian. Jangan terus menyerang. .

Kalau tidak mampu diamkan sahaja. Dalam kajian lain, cara elak komplen ialah bersyukur. Fokus pada perkara yang mahu disyukur. Paling mudah sebut sahaja “Alhamdulillah aku tak buat begitu atau tak jadi begitu.” . Elakkan membawang. Elakkan jadi kaki komplen. Elakkan masuk dalam grup yang sedang lantunkan komplen. . .

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti . . #DrOtak #BrainStory #cocoOCOC

Sunday, August 4, 2013

Khasiat Buah Kurma


 • Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

Thursday, June 6, 2013

Luahan isi hati suami kepada isteri


Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri

Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah

1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.

2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”

5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

Tuesday, April 2, 2013

Kelebihan Daging Kambing



Kelebihan Daging Kambing

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Tuesday, January 8, 2013

Darah yang Keluar ketika Hamil


Bayi 6 Minggu
Darah yang Keluar ketika Hamil
Fuqaha berbeza pendapat tentang status darah yang keluar ketika seorang perempuan itu hamil. Satus ini sangat penting kerana ia menentukan tanggungjawab wanita tersebut dalam beribadat.

Sekiranya darah tersebut adalah haid, dia tidak perlu, malah tidak boleh melakukan ibadah-ibadah yang mensyaratkan pelakunya suci, bebas daripada hadas. Namun jika darah yang keluar itu hanya darah penyakit atau istihadah, wanita itu wajib dan boleh melakukan semua ibadah yang dituntut seperti solat dan membaca Al-Quran.

Tuesday, May 15, 2012

Mahram Bagi Lelaki


Baca Lagi :
Mahram Bagi Wanita

Sunday, April 1, 2012

Dugaan Mendidik Anak Pelbagai Karenah


P/S: "Ya Allah! Kurniakanlah kesabaran kepada ibubapaku dan ampunilah segala dosa mereka.."

Saturday, March 31, 2012

Mak Ayah Saya Nak Kahwin



mak ayah saya nak kahwin. Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah saya nak kahwin. Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Friday, March 30, 2012

Sesat Binasa : Kesan Sekularisme Liberalisme di Malaysia

(Gambar) Kementerian Pelajaran Israel pon pandai nak asing lelaki dengan perempuan untuk keputusan cemerlang

Sedar tak sedar, majoriti sekolah di Malaysia adalah mengikut sistem sekular penjajah British. Jadi jangan tanyalah kenapa budak-budak, kecik-kecik sekolah rendah dah ada boyfriend girlfriend, dah pandai onani, siap ada yang terlanjur lagi tu dan lebih advanced lagi, pelajar sekolah menengah dan keatas (universiti); masalah zina & pembuangan bayi.. Ada juga orang melayu Islam sendiri mendakwa seperti:

"Buat apa nak asing-asingkan pelajar, ekstrim sangat tu" 
"Biasa la tu, bersembang bergurau laki perempuan dalam kelas, bukan buat pape pun"

Friday, February 24, 2012

9 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki



Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.


Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Wednesday, February 22, 2012

Memilih Jodoh : Cantik Harta Keturunan Agama


Dalam memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan, berlakulah pemilihan itu dari berbagai-bagai sudut dan aspek:

MENGAPA BERKAHWIN?

Mengapa Ingin Isteri Atau Inginkan Suami? 
Ramai di kalangan umat Islam di akhir zaman, di zaman moden dan sains teknologi canggih ini memberi jawapan kerana ingin berseronok-seronok dan memuaskan nafsu. Kalau tidak kahwin kita akan terasa sepi. Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan itu berkahwin, ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yang salah. Jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat berkahwin lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumahtangga sama ada kita sedar atau tidak.

Tuesday, February 21, 2012

Mahram Bagi Wanita



Monday, February 20, 2012

4 JENIS LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA


Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

Monday, May 16, 2011

Beginikah cara anda mendidik anak anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...