Monday, November 5, 2012

Riak dan Internet



Jauhi riak di internet sama ada di facebook, blogger, atau twitter.

Rasulullah SAW bersabda:
“Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riak itu boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, sama ada:
1)Tubuh badan
2)Pakaian
3)Ucapan
4)Pelakuan

Orang tidak tahu jika kita riak. Kita juga tidak boleh terus menghukum dengan mengatakan orang lain itu riak. Ini adalah kerana riak adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat dan hasrat di hati kita.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...