Klik Untuk Zoom Sukan Kegemaran Rasulullah
Thursday, May 31, 2012
Penting Doa & Restu Ibubapa
Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hormati dan kasihani selepas Allah SWT dan Nabi'? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu betanya 'selepas itu'? Jawab Nabi, ayah kamu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"
Tuesday, May 29, 2012
Penyakit Umat Terdahulu
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (Riwayat Hakim)
Monday, May 28, 2012
10 Peperangan Amerika Mula Dari Pembohongan
Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.
Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.
Hasil perang yang diingini ‘mereka’
1. Perang Vietnam (1964-1975)
Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin.
Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.
Matlamat : Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di rantau ini.
Kesan : Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-besaran.
Kawasan semburan Agent Orange
Kecacatan genetik disebabkan Agent orange
Saturday, May 26, 2012
Friday, May 25, 2012
Thursday, May 24, 2012
Wednesday, May 23, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Doa & Kelebihan Bulan Rejab
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
Hadis palsu kelebihan bulan Rejab
“Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku”.
Al-Iman Ibnu Jauzi mengatakan hadis ini maudhu’ (palsu) dan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. (Al-Maudhuuat, jilid 2, m/s 206)
Sedekah Amalan Mulia
Sahih Muslim Hadith 961 :
Dari Said bin Abi Burdah ra, dari bapaknya, dari abangnya :
Rasulullah SAW bersabda :
Setiap muslim wajib bersedeqah.
Lalu ada yang bertanya :
Bagaimana kalau dia tidak sanggup (tidak berkemampuan).
Jawab Nabi SAW :
Dia harus bekerja untuk menafaat dirinya dan untuk dia bersedeqah.
Lalu ada yang bertanya :
Bagaimana kalau dia tidak sanggup (tidak berkemampuan).
Jawab Nabi SAW :
Menolong orang yang memerlukan pertolongan.
Lalu ada yang bertanya :
Bagaimana kalau dia tidak sanggup (tidak berkemampuan).
Jawab Nabi SAW :
Mengajak kepada kebajikan atau kebaikan.
Lalu ada yang bertanya :
Bagaimana kalau dia tidak sanggup (tidak berkemampuan).
Jawab Nabi SAW :
Menahan diri dari berbuat kejahatan, itupun sedeqah.
Baca Lagi:
Perihal Sedekah Kekuatan Dan Ganjaran
Bersedekah Pada Suami
Segerakan 9 Perkara
Monday, May 21, 2012
Solat Sunat Qabliyah Ba'diyah (Rawatib)
Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu
✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Solat Sunat Rawatib
Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.
Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.
Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,
Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'
(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)
Sunday, May 20, 2012
Tips Sangka Baik : Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Qadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk
Friday, May 18, 2012
Thursday, May 17, 2012
Anak Muda Cinta Jihad
"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
As-Syahid al-Imam Hassan Al- Banna Rahimahullahu Taala
Wednesday, May 16, 2012
Tuesday, May 15, 2012
Doa Untuk Ibu Bapa
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Monday, May 14, 2012
Ujian Allah : Rupa, Harta, Keturunan
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa, tidak kepada nasab keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah melihat kepada hati kamu”.
Baca Lagi:
Harta Tidak Mengikut Jenazah
Friday, May 11, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)