Monday, February 15, 2010

Type R tak Type R.. kalau dah excident..adussss

 


KM 4-2
Lebuhraya Sprint
Penchala Link
Kuala Lumpur
27 Dis 2009
11-30 pagi

Kemalangan ini berlaku kira-kira jam 11-30 pagi di km 4-2 Penchala Link, Lebuhraya Sprint selepas terowong Penchala arah Petaling Jaya.

Kereta ini dinaiki oleh 4 sahabat. - dalam perjalanan menuju One-Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya untuk bermain paint-ball.

Bagaimanapun, sebaik melepasi terowong Penchala, kereta ini yang dipercayai dipandu laju, hilang kawalan sebelum terbabas ke tengah lebuhraya.

Ia kemudian berpusing dan merempuh pula tiang papantanda lebuhraya sebelum tersadai di atas besi pembahagi lebuhraya.

Akibatnya, mangsa, Hon Kok Hin, 29 tahun yang duduk di tempat duduk belakang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Dua lagi rakannya juga cedera parah dan di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Mayat Hon dikeluarkan anggota bomba dari Balai Taman Tun Dr Ismail.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Salah seorang rakannya yang datang sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan ini, memberitahu bahawa Hon telah memeluk agama Islam sebelum ini dan telah berkahwin.

  

  

  

  

  

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...