Bina Struktur Sdn. Bhd. menegaskan, syarikat itu hanya bertindak sebagai kontraktor utama dalam pembinaan bangunan stadium dan bukan bahagian bumbungnya.
Pegawai teknikal syarikat itu, Muhammad Shukri Anuar berkata, reka bentuk, pembinaan dan pemasangan bumbung stadium tersebut dilakukan oleh kontraktor dari Korea.
''Kami hanya membina bangunan stadium," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, syarikat tersebut akan menunggu laporan siasatan runtuhan bumbung itu sebelum mengambil tindakan sepatutnya.
Beliau memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri akan melantik badan penyiasat bebas dari luar negara bagi melakukan siasatan tersebut.
''Kami menunggu laporan siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Tindakan yang akan diambil bergantung pada hasil siasatan kejadian runtuhan itu.
''Buat sementara ini, kami tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media," jelasnya.
Selasa lalu, separuh daripada bumbung di bahagian timur stadium bernilai RM292 juta itu yang menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta tetamu diraja dan orang kenamaan (VIP) runtuh.
Stadium itu kini ditutup sehingga enam bulan bagi membolehkan siasatan dijalankan.
source:www.utusan.com.my
0 comments:
Post a Comment