Klik gambar untuk zoom Doa Agar Dapat Bermimpi Rasulullah SAW. Selamat Beramal :)
Thursday, April 25, 2013
Tuesday, April 16, 2013
Menutup Keaiban Orang lain
Menutup Keaiban Orang lain
Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba didunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat”.
Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain.
Sesiapa yang menutup keburukan saudara seagamanya nescaya Allah menutup keburukannya di hari kiamat kerana ganjaran yang disediakan sesuai dengan amalan yang dilakukan.
Monday, April 15, 2013
Friday, April 12, 2013
Allah Gembira Menerima Taubat Hamba
Allah Gembira Menerima Taubat Hamba
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat seorang hamba-Nya daripada kegembiraan seseorang yang dengan tidak disangka-sangkanya menemui kembali untanya yang telah hilang.”
Thursday, April 11, 2013
Ingatlah Golongan Yang Lemah
Ingatlah Golongan Yang Lemah
Riwayat: Bukhari
Hadith:
Daripada Mus’ab bin Abu Waqas R.huma katanya, “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain”. Maka Nabi SAW bersabda, “Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu)”.
Orang Islam yang merasakan dirinya mempunyai kelebihan hendaklah merendahkan dirinya kerana kelebihan itu sendiri wujud dengan adanya golongan yang lemah dan tidak bernasib baik.
Pertolongan dan rezeki Allah kepada sesuatu golongan manusia atau masyarakat adalah disebabkan adanya golongan lemah dalam kelompok atau sesuatu masyarakat.
Wednesday, April 10, 2013
Nikmat dunia yang paling baik
Nikmat dunia yang paling baik
Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”.
Segala nikmat kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Ia akan lenyap apabila mana seseorang itu meninggal dunia.
Nikmat dunia yang paling baik ialah isteri-isteri yang solehah iaitu yang mentaati suaminya dan bertakwa kepada Allah.
Isteri yang baik (solehah) adalah sebab kebahagian didunia dan akhirat, serta dapat membantunya untuk taat kepada Allah, kerana itu lelaki hendaklah mengutamakan perempuan yang kuat pegangan agamanya daripada yang lain.
Tuesday, April 9, 2013
Redha Suami Membawa Ke Syurga
Redha Suami Membawa Ke Syurga
Riwayat: at-Tirmizi katanya ini hadis Hasan
Hadith:
Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”.
Suami yang redha terhadap isterinya yang telah meninggal dunia membolehkan isterinya dimasukkan ke dalam syurga.
Isteri-isteri hendaklah melakukan suatu perkara yang diredhai oleh suaminya.
Setiap sesuatu yang hendak dilakukan oleh seseorang isteri hendaklah dipersetujui oleh suaminya.
Keizinan suami atas suatu perkara yang dilakukan oleh isterinya adalah menunjukkan keredhaan suami.
Sunday, April 7, 2013
Menentang Kemungkaran
Menentang Kemungkaran
Riwayat: Muslim
Daripada Abu Mas'ud RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tiada seorang nabi pun yang diutuskan oleh Allah kepada umatnya sebelumku ia mempunyai penyokong-penyokong daripada umatnya dan sahabat yang berpegang dengan sunnahnya dan mereka taat dengan perintahnya. Kemudian selepas mereka, muncullah beberapa penggantinya yang suka berkata tetapi tidak melakukannya dan melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya maka dia adalah mukmin. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjuang menentang dengan hatinya maka dia adalah mukmin, tetapi jika semuanya itutiada maka sama sekali tiada keimanan walaupun sebesar biji sawi."
Tingginya Darjat Suami Disisi Isteri
Tingginya Darjat Suami Disisi Isteri
Riwayat: At-Tirmizi, katanya hadis ini Hasan lagi Sahih
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sekiranya boleh aku menyuruh seorang sujud kepada seorang nescaya akan aku suruh kaum wanita (isteri) supaya sujud kepada suami mereka”.
Huraian Hadith:
Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka.
Rumahtangga yang bahagia adalah berpunca daripada kepatuhan isteri kepada suaminya.
Penghormatan isteri terhadap suami sampai ke peringkat patut sujud tetapi sujud tidak harus dilakukan kepada yang lain daripada Allah SWT.
Friday, April 5, 2013
Wanita Adalah Ujian Kepada Lelaki
Wanita Adalah Ujian Kepada Lelaki
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”.
Semasa di dunia manusia tidak dapat lari daripada ujian Allah dan seberat-berat ujian ialah ujian dengan kaum wanita kerana kerap kali berlaku kecenderungan kepada wanita menyebabkan lelaki melakukan perbuatan yang menyalahi syarak.
Islam mengingatkan kaum lelaki supaya mengawasi diri daripada godaan wanita.
Wanita adalah daya penarik kepada kaum lelaki.
Wanita ialah sumber kebaikan dan kejahatan bagi kaum lelaki.
Wednesday, April 3, 2013
Doa Mohon Keringanan dan Kemudahan
Klik gambar untuk zoom Doa Mohon Keringanan dan Kemudahan. Selamat Beramal :)
Baca Lagi :
Sabar Menghadapi Ujian Kesakitan Atau Kematian
Sabar Menghadapi Ujian Kesakitan Atau Kematian
Riwayat: Bukhari
Hadith:
Daripada Anas RA katanya, “Tatkala Nabi SAW sedang sakit tenat, Fatimah RA berkata, “Alangkah menderitanya ayahku.” (Di masa itu Nabi Muhammad SAW mendengar) lalu baginda bersabda, “Ayah tidak menempuh kesusahan lagi selepas hari ini.” Kemudian setelah wafat Rasulullah SAW Fatimah RA berkata, “Oh ayah” dia telah menyahut panggilan tuhannya, “Oh ayah! Syurga Firdauslah tempatnya”, “Oh ayah! Kepada Jibril kami khabarkan.” Apabila Rasulullah SAW telah dimakamkan Fatimah RA berkata, wahai Anas, adakah senang hati kamu menimbus tanah ke atas Rasulullah SAW?”
Tuesday, April 2, 2013
Kelebihan Daging Kambing
Kelebihan Daging Kambing
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Ikan dan belalang bukan bangkai
Ikan dan belalang bukan bangkai
Riwayat: Ibnu Majah dan Ahmad
Hadith:
Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa."
Terdapat dua jenis binatang yang dikecualikan oleh syariat Islam daripada kategori bangkai iaitu belalang, ikan dan sebagainya dari jenis binatang yang hidup di dalam air. Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja dan tidak beracun, memabukkan atau membahayakan kesihatan manusia. Binatang dua alam adalah tidak termasuk di dalamnya. Manakala belalang daun yang darahnya tidak mengalir juga halal dimakan. Begitu juga dengan darah. Sekalipun darah adalah haram tetapi ada pengecualiannya iaitu hati dan limpa. Demikian juga sisa-sisa darah yang menempel pada daging atau leher binatang setelah disembelih.
Kesimpulannya, setiap apa yang dinyatakan di dalam nas yang mengatakan ia haram, maka hukumnya adalah haram. Apa yang tidak dihukum sebagai haram, maka ia didiamkan syarak. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yang jijik dan kotor. Jangan tepuk dada tanya selera semata-mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)