Sunnah Ketika Sakit - InsyaAllah, sama2 kita amalkan :)
Monday, July 30, 2012
Sunday, July 29, 2012
9 Amalan Ramadhan Paling Allah Sukai
9 Amalan yang paling Allah SWT sukai di bulan Ramadhan...
1- Solat sunat Dhuha di bulan Ramadhan mendapat seperti pahala haji dan umrah.
2- Berzikir kepada Allah SWT dibulan Ramadhan mendapat pahala lebih bernilai daripada emas.
3- Bersedekah di bulan Ramadhan adalah sebaik-baik perbuatan kebajikan.
4- Menunaikan Umrah di bulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersama Rasulullah SAW.
5- Bersahur adalah waktu paling berkat untuk berdoa kepada Allah SWT.
6- Bersegera berbuka puasa adalah amalan yang mendapat pujian Allah SWT.
7- Berdoa semasa berbuka dan semasa berpuasa adalah doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
8- Bersugi selepas bersahur dan semasa hendak berbuka adalah Sunnah Rasulullah SAW.
9- Melipat gandakan ibadat sunat di sepuluh hari terakhir adalah Sunnah Rasulullah SAW.
Wallahua'lam...
Saturday, July 28, 2012
Friday, July 27, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Monday, July 23, 2012
Segerakan 5 Perkara
Dari Hatim Al-Asom: "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat, maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW:
- Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung
- Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati
- Mengahwinkan anak perempuan bila telah cukup umur
- Membayar hutang bila telah sampai masanya
- Bertaubat dari dosa bila telah melakukannya
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi:
Segerakan 9 Perkara
Saturday, July 21, 2012
Puasa Zahir & Batin
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."
Thursday, July 19, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Thursday, July 12, 2012
Tanda Kecil Kiamat
1. Bila manusia mulai membunuh (meninggalkan) solat
2. Bila sifat amanah telah lenyap
3. Bila berdusta dihalalkan
4. Bila manusia memakan riba
5. Bila amalan rasuah bermaharajalela
6. Bila bangunan-bangunan tinggi pencakar langit muncul
7. Bila manusia memperturutkan hawa-nafsu
8. Bila manusia menjual agamanya untuk membeli dunia
9. Bila menumpahkan darah dianggap perkara ringan
10. Bila perilaku lemah-lembut dianggap sebagai sebuah kehinaan
Tuesday, July 10, 2012
Monday, July 9, 2012
Friday, July 6, 2012
Jangan Cerita Aib Orang
Nabi saw. bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (HR Abu Daud)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang mendengar saudaranya diumpat tetapi dia tidak membelanya padahal dia mampu, maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). " (HR Abu Daud)
Wednesday, July 4, 2012
10 Tanda-Tanda Ikhlas
10 Tanda-Tanda Ikhlas
1- Takut kepada kemasyhuran-takut terselit syirik khafi.
2- Curiga terhadap diri sendiri-bimbang tidak mampu menunaikan kewajipan.
3- Beramal di tempat yang sunyi.
3 Golongan Hampir Masuk Syurga
Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka…......
1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”
Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “
Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.
Subscribe to:
Posts (Atom)