Saturday, March 31, 2012

Mak Ayah Saya Nak Kahwin



mak ayah saya nak kahwin. Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah saya nak kahwin. Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Protester Indonesia Bersenjatakan Nokia 3310


P/S: Harga petrol indon naik dalam harga petrol dunia tak naik.. Nokia 3310 = Batu..hehe

Friday, March 30, 2012

Sesat Binasa : Kesan Sekularisme Liberalisme di Malaysia

(Gambar) Kementerian Pelajaran Israel pon pandai nak asing lelaki dengan perempuan untuk keputusan cemerlang

Sedar tak sedar, majoriti sekolah di Malaysia adalah mengikut sistem sekular penjajah British. Jadi jangan tanyalah kenapa budak-budak, kecik-kecik sekolah rendah dah ada boyfriend girlfriend, dah pandai onani, siap ada yang terlanjur lagi tu dan lebih advanced lagi, pelajar sekolah menengah dan keatas (universiti); masalah zina & pembuangan bayi.. Ada juga orang melayu Islam sendiri mendakwa seperti:

"Buat apa nak asing-asingkan pelajar, ekstrim sangat tu" 
"Biasa la tu, bersembang bergurau laki perempuan dalam kelas, bukan buat pape pun"

Thursday, March 29, 2012

Notis Waktu Operasi

P/S: Berat nanang tokei~

Kentut Dalam Botol?

P/S: Don't Do This at home.. Stay away from empty jar.. It could be ENSILED FART..LOL

Laporan Kaji Cuaca Tempatan


P/S: If rock is cooking.. it's splendid..duh.

Wednesday, March 28, 2012

SunCalc : Aplikasi Pergerakan Matahari


SunCalc is a little app that shows sun movement and sunlight phases during the given day at the given location.

You can see sun positions at sunrise, specified time and sunset. The thin orange curve is the current sun trajectory, and the yellow area around is the variation of sun trajectories during the year. The closer a point is to the center, the higher is the sun above the horizon. The colors on the time slider above show sunlight coverage during the day.


SunCalc 3Dhttp://10k.aneventapart.com/2/Uploads/660/

Sun or Moon Altitude/Azimuth Tablehttp://aa.usno.navy.mil/data/docs/AltAz.php

Tuesday, March 27, 2012

Mengadu hanya pada Allah SWT


Kelebihan Berselawat Ke atas Nabi S.A.W



Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hal ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

  1. melaksanakaan perintah Allah s.w.t
  2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
  3. mendpt ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat)
  4. bersemaan dgn selawat para malaikat
  5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
  6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
  7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
  8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
  9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
  10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban

Zikir & Kemanisan Iman


Sucikanlah Allah s.w.t. dari segala hal yang tidak patut bagi-Nya di waktu pagi dan petang.
Sebutlah nama Allah s.w.t. dengan hati dan lisan. Maka, Dia akan memberikan Rahmat dan Malaikat-Nya memohonkan keampunan buat hamba yang ingat kepada-Nya.

Sesiapa yang sangat inginkan keredhaan Allah, Syurga-Nya dan Rahmat-Nya, maka hendaklah menyebut nama Allah s.w.t. sebanyak-banyaknya samada ketika berada di dalam keadaan takut atau aman, senang atau susah, duka atau gembira dan dalam keadaan huru hara atau selamat.

Sebutlah nama Allah s.w.t. walau di mana kita berada, walaubagaimanapun keadaan dan kedudukan kita.

"Wahai orang-orang yang beriman,berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. Dia memberikan Rahmat-Nya kepadamu dan Malaikat-Nya (memohon ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan cahaya (yang terang). Dan Dia adalah Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman". (Qs Al-Ahzab ayat : 41-43).

SUDAHKAH KITA BERSYUKUR?



Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl ayat 18 yang tafsirnya:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Sesungguhnya sudah pasti kita tidak mampu menghitung atau mengira nikmat-nikmat Allah yang diberikan kepada kita tanpa meminta sebarang balasan. Justeru itu perlulah kita menyedari segala nikmat yang dianugerahkan tidak kira ketika sihat, suka, senang, mudah bergerak, bercakap, melihat, mendengar dan sebagainya yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.  

Monday, March 26, 2012

Erection Specialists


Kasut Sekolah Cikgu Kimia


Sudahkah Anda Solat?


P/S :
Orang yang tidak solat adalah musuh Allah SWT..
Orang yang tidak solat lebih jahat dari iblis kerana iblis hanya tidak sujud kepada Nabi Adam..
Tidak akan diterima amalan spt puasa, zakat dll orang yang tidak solat..


Facebook : What's On Your Mind?


Sunday, March 25, 2012

Sabar : Sakit Itu Penghapus Dosa


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Sumber: Ustaz Don Daniyal

Persamaan Jackie Chan & Panda


Saturday, March 24, 2012

Forever A Loan


P/S: Setiap apa yang kita dapat di dunia ini adalah LOAN sementara dari Allah SWT. Bersyukurlah..

Friday, March 23, 2012

Hungry Angry


P/S : Hunger never saw bad bread. No man can think clearly when his fists are clenched.

Wednesday, March 21, 2012

Result Exam SPM PMR UPSR : Beza Dulu Kini

P/S : True Story..

Main Bola : Beza Dulu Kini

P/S: GTFO!

Aktiviti Masa Lapang : Beza Dulu Kini


P/S: Which one you prefer?

Tuesday, March 20, 2012

Beruk Penembak Tepat Sniper


P/S: Target Zero One Confirmed, Fire!

Monday, March 19, 2012

Snake game on smartphone


10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah



SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

Sunday, March 18, 2012

Lumba Lari : Kura-Kura vs Arnab


Wednesday, March 14, 2012

JANGAN dalam Islam



- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

Awesome Skateboard With Handle


Tuesday, March 13, 2012

Mesin Sapu Jalan Automatik


Fun Vegetarian Fail

Howto : Cara Doa Solat Istikharah



Howto : Cara Tayammum


Tayammum ialah mengusap muka dan dua belah tangan dengan debu yang suci dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syara'. Tayammum dapat menggantikan wudhu dan mandi bagi orang yang tidak dapat menggunakan air dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat Melakukan Tayammun:

  • Tidak ada air dan telah berusaha mencarinya, tetapi tidak menemukannya. 
  • Berhalangan menggunakan air, misalnya karena sakit yang apabila menggunakan air akan kambuh sakitnya 
  • Telah masuk waktu shalat 
  • Dalam perjalanan dan sukar mendapatkan air 
  • Dengan debu yang suci 


Zakat : Beza Amil dan Jamil


Monday, March 12, 2012

JPJ Saman Atau Saman JPJ


P/S : banyak cantik kepala tuan, bak mai lesen sini meh.. ;p

Penceroboh Akan Disumpit


Mydin: Kuih Raya Sehelai


Nasi Goreng Gila


Beruk Tangkap Ayam


P/S: Mana mau pegi hah...

Say No To Lynas


P/S : Klik Untuk Zooooom!

Saturday, March 10, 2012

Ibadat Yang Tidak Sempurna


Ibnu Abbas mengatakan, ada 3 ayat di dalam al-Quran yang berpasangan di antara satu dengan yang lainnya.Tanpa ada pasangannya, maka akan cacatlah (tidak sempurna) ibadat seseorang itu.

1) Firman Allah, "Taatlah Allah dan taatlah Rasulullah. Maka barangsiapa taat Allah sahaja, tidak taat kepada Rasul, maka tidak akan diterima amalannya."

2) Firman Allah, "Dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Maka barangsiapa yang solat sahaja, tetapi tidak berzakat maka ibadatnya tidak akan diterima."

3) Firman Allah, "Hendaklah bersyukur kepada Ku, dan kepada kedua ibu-bapa mu. Maka barangsiapa bersyukur kepada Allah dan tidak bersyukur kepada kedua ibubapanya, nescaya tidak diterima amalan dan ibadahnya." Dan kerana inilah Nabi saw bersabda, "Redha Allah pada redha kedua ibu-bapanya, dan kemurkaan Allah pada kemurkaan kedua ibu bapanya.."

Friday, March 9, 2012

62 Santapan Minda


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Romantic Things With Your Wife


1. Watch the sunset together.
2. Whisper to each other.
3. Cook for each other.
4. Walk in the rain.
5. Hold hands
6. Buy gifts for each other.
7. Roses.

Thursday, March 8, 2012

Amal Bergantung Kepada Niat


Abul Laith Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Maisarah berkata: Allah telah berfirman: Aku tidak menerima perkataan seseorang hakim, tetapi aku melihat tujuan dan niatnya kepada Ku, maka aku jadikan diamnya untuk berfikir dan bicaranya sebagai zikir meski pun ia tidak berkata-kata. 

Aun bin Abdullah berkata: Dahulu orang-orang soleh menulis surat kepada sahabatnya tiga kalimat;
  • Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupi segala urusan dunianya. 
  • Dan siapa yang memperbaikki niatnya, maka Allah akan memperbaikki zahirnya. 
  • Dan sesiapa yang memperbaikki hubungannya dengan Allah, maka allah akan memperbaikki hubungannya dengan sesama manusia. 
Nabi s.a.w bersabda: “Niat seseorang mukmin lebih baik dari amal perbuatannya”

Oleh sebab itu, niat itu mendapat pahala tanpa amal, sedangkan amal tanpa niat tidak ada pahalanya.

Wednesday, March 7, 2012

3 Jenis Makanan Dalam Neraka

Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satu tempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini. Apakah 3 jenis makanan di neraka itu? 


Gambar hiasan – Kalau setitik debu neraka jatuh ke bumi, boleh hancur lebur dunia dan seisinya. 

Tuesday, March 6, 2012

Saat Kematian


Abu Lais meriwayakan dengan sanadnya dari Albaraa’ bin Aazib r.a. berkata: Kami bersama Nabi s.a.w. keluar menghantar jenazah seorang sahabat ansar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan kedalam lahad, Nabi s.a.w. duduk dan kami turut duduk, diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedangkan Nabi.s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ditangannya, kemudian baginda mengangkat kepala dan bersadba: “Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksa kubur, 2 atau 3 kali diulang.” Lalu bersabda lagi…

Dr. Yusuf al-Qardhawi : Apa Itu Zuhud


Masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami zuhud. Zuhud difahami sebagai sikap menjauhi semua persoalan keduniaan, seperti tidak mahu mencari kekayaan hidup, tidak mahu bekerja untuk kebahagiaan dunia dan tidak mahu memanfaatkan sumber alam. Sikap ini tentu saja tidak betul, seperti yang dibantah oleh para ulama' dengan kata-kata, "Ingatlah, bahawa menguruskan sumber alam adalah bahagian yang sangat penting dari tujuan syari'at." Imam al-Raghib al-Asfahani mengatakan, bahawa bagi umat Islam, dalam menguruskan sumber alam. setidak-tidaknya dimotivasi oleh tiga hal yang sangat penting iaitu:

Pertama: Ibadah kepada Allah. FirmanNya: Ertinya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadah kepadaKu."(adz-Dzariyat : 56)

Kedua: Menjalankan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi, sebagaimana ditegaskan oleh Allah S.W.T. tentang fungsi manusia. di bumi dalam firmanNya: Ertinya: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (al-Baqarah :30)

Ketiga: Kewujudan perintah Allah S.W.T. agar manusia menjadi pengelola seluruh sumber yang ada di bumi (imarat al-ardhi), seperti yg terkandung di dalarn firmanNya: Ertinya: "Dialah yang menjadikan kamu dari bahan­-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya." (Hud : 61)

Sunday, March 4, 2012

Amalan Elak Terkena Sihir


Di bawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda daripada sihir dan gangguan syaitan. Antaranya ialah :


Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :
Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”. (Riwayat Al Bukhari)

Saturday, March 3, 2012

PAHALA MENDOAKAN ORANG LAIN


Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda :

"Sesiapa yang berdoa bagi saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut, berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...